Nuffnang Ads

Monday, 7 January 2013

Live AJL dari pandangan mataku!


Hi semua. Semalam aku aku telah pergi ke Stadium Putra, Bukit Jalil untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL). Seperti semua tahu lagu Terukir Di Bintang ciptaan Yuna nyanyian Aizat telah berjaya menjadi juara. Ok aku tak mahu cerita dengan lebih lanjut siapa juara vokal, persembahan terbaik and so on sebab semua dah tahu n tengok kat tv, tak gitu? Apa aku nak cerita pengalaman sulong aku menonton AJL secara life di stadium. Khas buat reader KakiTanganMata :)



Terima kasih diucapkan pada abang Salleh @ Yob Kidal sebab bagi tiket. Aku tak rancang pun nak tengok AJL. Paling best aku tak taw pun semalam AJL. Itupun setelah abang driver smartcab aku bagitau.
Malam ni mesti jem kan Megat? " 
" Sebab apa bang? "
" Sebab AJL. Abg pun sebenarnya tak tahu kawan abg yang cakap "
Pulak doh. Leh camtu? 
So dipendekkan cerita aku balik rumah dengan muka letih, ngantuk baru nak lentok bapa aku call cakap " Ito nak tengok AJL tak? Abah ada 3 tiket free tapi kena masuk sebelum kul 8 malam " Aku pun yang tengah mamai terus jawab boleh! Tanpa banyak soal. Pastu aku mandi bersiap...aik! takkan semua tu nak ceritakan? Kang boring lak reader-reader aku! Jadi kita skip!
Sampai stadium, aku tengok line panjang. Aku dapat tiket duduk aras 4 paling atas. Hopefully tahun depan abang Yob Kidal bagi tiket VIP erk? Ceh! tak reti nak bersyukur ker apa aku ni? Orang dah bagi amik jer lah kan hehehe.....


Tempat duduk aku dekat ngan pentas. Cuba tengok dekat kan? Memang dekat cuma tinggi jer. Masa baru masuk dapat tengok ramai manusia gerak sana sini kiranya nak settlekan few things sebelum ke udara. Kita semua dalam stadium disajikan dengan tontonan klip lagu-lagu dari juara-juara AJL lepas. Aku macam biasalah bila part Datuk Siti nyanyi yang cair tu. Muka Siti muda remaja bila nyanyi lagu Jerat Percintaan. Ni yang buat teringat balik kenangan aku ngan Siti. Kenapa aku tangkap cintan dengan Siti! hehehe.....
Selepas itu kami disajikan dengan klip Do and Dont`s dalam stadium seperti jangan pakai phone, no flash photography dan lain-lain. Klip yang ditayangkan juga agak lucu dan disampaikan dengan baik oleh......2 orang jejaka yang hensem (nama tak ingat). Pada waktu yang sama boleh lihat seorang wanita yang tidak dikenali atas pentas tengah dipersiapkan sebelum AJL keudara. Setelah live baru aku tahu rupa-rupanya Misha Omar! Sorry mata rabun tak nampak!


Apa yang best dapat tengok live... 
  • dapat tengok kerja belakang tabir. Kat sini nampaklah orang tengah kelam kabut angkat pentas, set up prop sementara korang kat rumah masa commercial break tengah ngumpat! Opppsss!
  • dapat usha awek kiri kanan hahaha (mampus aku kena dengan awek aku bila dia baca statement ni! )
  • nyanyian jelas lagi sedap dari TV dan sound system lagi best unless korang ada TV HD n stereo yang gempak. Aku TV lama jer tu yang tak best!
  • Orang kat rumah diselitkan dengan iklan kami di stadium diselitkan dengan klip peserta-peserta pertandingan tiru gaya artis. Aku paling suka seorang peserta ala-ala hadek-hadek yang tiru gaya nyanyian Zaiton binti Sameon Menaruh Harapan. Memang sebijik sama tapi tak serupa! Cayalah! Korang kalau nak tengok lagi aksi-aksi menarik peserta lain boleh klik di link ini ( Tiru Gaya Artis 2013 )
  • dan dapat usha awek depan belakang hahaha ( sekali lagi mesti aku kena! )

Yang tak best....
  • Aku lak diusha ( ada ker ) mentang-mentang aku tak pakai cam diva, kan?
  • Banyak pantang larang yang harus diikuti dalam stadium. Kalau kat rumah sendiri bikin apa pun orang tak kisah. 
  • Terpaksa bersesak-sesak masa nak masuk stadium. Dah pakai baju mahal-mahal semua tapi sebab dah bersesak ketiak jadi peluh n bau!
  • Kalau bawak awek, awek kita lak kena usha! Hohoho!
Ada lagi aku nak cerita tapi nanti aku sambung k. Nantikan part 2 pulak dengan ulasan yang lagi merapu. Tunggu...... :)





6 comments:

  1. tapi ramai artis yg seksi masa red carpet tu. huhu

    ReplyDelete
  2. Artis biasalah time REd carpet lah nak melaram! :)

    ReplyDelete
  3. Rajin ek sampai tengok live...saya tengok tv pun x malam tuh sbb ada Arsenal lawan Swansea mlm tuh..hehe

    ReplyDelete
  4. wah2..seronok ko dapat pegi yer...nie kalau akak bujang lg nie...mesti pegi nie..leh tgk artis gedik2,seksi2...hehehehhe

    ReplyDelete
  5. Arsenal Vs Swansea sempat tengok juga. Tapi 2nd half. Frust sebab Arsenal seri. COYG! :)

    ReplyDelete
  6. Fuyoooo! best tak best tak? :D

    ReplyDelete