Nuffnang Ads

Sunday 3 February 2013

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit lawan Kak Limah!


Hola semua. Kali ini aku nak cerita tentang filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ( HMJPT ) arahan Mamat Khalid yang bakal ditayangkan pada 7 Februari ini. Filem ini merupakan kesinambungan dari filem  Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Husin? Mon? Jin pakai toncit? Ok kalau Usin dan Mon tu aku tahu lah dari filem Kak Limah tapi Jin Pakai Toncit? Menatang apa tu? Hensem ker tidaaak?

Waduh! Ini bukan jin pakai toncit! Ini jin tepung gomak!
HMJPT memang merupakan antara filem yang sangat-sangat aku nantikan selain satu lagi filem Mamat Khalid iaitu Rock 2. Aku kira bernasib baik jugalah kerana dapat menonton ' Special Screening ' filem HMJPT lebih kurang 2 minggu yang lepas. Ramai blogger yang hadir termasuk dari TwitterJaya. Artis-artis pun ada, yang feeling-feeling artis pun ada gak haha.


Aku : Abang Mamat next filem jangan lupa amik saya berlakon k.
Abg Mamat : Kalau kome leh speaking Perak teman amik !

Aku : Abang Afdlin musim depan saya nak join Boboi leh?
Afdlin Shauki : Boleh sangat! Duh! Hahaha...
Sebelum bermula tayangan filem, Detektif Stailista  telah menemuramah pelakon HMJPT iaitu Ezlynn. Selain temubual terdapat juga hadiah menarik untuk dimenangi jika audience disana berjaya menjawab soalan-soalan dengan betul. Banyak jugalah soalan-soalan yang aku tahu dan nak jawab tapi segan lak nak naik ke pentas takut kena Opssss! dengan Detektif Stailista. Maklumlah aku sorang jer yang pakai baju ofis orang lain lak pakai baju glamour lip lap sana sini lagi. Stylista sangat!



Ok aku taknak story panjang-panjang sinopsis filem ini. Secara ringkasnya HMJPT menceritakan tentang Husin lakonan Awie yang baru pulang dari Singapore sebab bankrap tiba-tiba hilang secara misteri. Ringkaskan? Panjang-panjang pun watpe bukannya aku nak tulis novel, tak gitu?

Oppss! Terkejut teman!
Kalau filem Kak Limah aku ketawa tahap pecah perut, HMJPT juga tidak kurang kelakarnya. Dengan masih berlatarkan Kampung Pisang dan kebanyakan pelakon-pelakon yang sama, HMJPT masih berjaya membuat aku tak kering gusi. Filem ini juga jauh lebih seram dan suspens berbanding filem Kak Limah. Mamat Khalid juga bijak bermain dengan teknik CGI walaupun bagi aku ianya masih boleh diperbaiki. HMJPT juga nampaknya lebih memberikan perhatian terhadap plot dan jalan cerita yang lebih kemas dan tidak terlalu mengharap terhadap jenaka semata-mata.

Husin! Husin! Jangan kome dok situ ada hantu!
Aku agak tertarik dengan watak Dr.Samsudin yang dimainkan oleh Rashidi Ishak. Wataknya yang penuh misteri membuatkan aku sering tertanya-tanya siapakah gerangan Dr.Samsudin dalam filem ini. Siapakah Dr.Samsudin? Orang jahat ker orang baik? Ker adik kepada Dr Rozmey? Nak tahu kena tengok lah kan kang aku cerita banyak-banyak takut jadi spoiler lak.

Macho gak aku dengan janggut ni kan?

Kalau dulu kita teruja dengan kemunculan Usop Wilcha tapi kali ini wataknya seperti tidak selawak dulu. Penonton-penonton dalam panggung seperti ternanti-nanti lawak yang lebih fresh tetapi kebanyakannya seperti diulang semula. Walaubagaimanapun Mamat Khalid nampaknya cuba membuat improvasi terhadap lawak-lawak yang pernah ditonjolkan dalam filem Kak Limah walaupun kita tidak dapat lari dari membuat perbandingan antara filem Kak Limah dan HMJPT.
Lawak tak lawak filem ini teman ada sidekick k!
Secara keseluruhannya, HMJPT masih kelakar dan seronok untuk ditonton. Aku bagi rating HMJPT 3.5 bintang dari 5. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton HMJPT di pawagam nanti. Tak payah nak tunggu Astro First k. Kalau tak rugi!

Sebelum aku akhiri entri ini marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwahyarham Zami Ismail yang telah berlakon sebagai Pak Abu sejak Zombi Kampung Pisang lagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

P/s : Jangan lupa check video dibawah yang aku tangkap sendiri. Ciao! :)


39 comments:

  1. Replies
    1. Kalau ada peluang pergi tengok kat wayang k. Baru best! :)

      Delete
  2. Replies
    1. Memang kelakar walaupun saya berpendapat Hantu Kak Limah lagi best :)

      Delete
  3. alaaa nak jugak pre-screening! hehe. anyway tak sabar jugak tgk jin toncit ni! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nanti dapat lah tu special screening movie-movie lain. 7 Feb dah keluar so jangan lupa tengok! :)

      Delete
  4. tak tengok lg cite ni.
    x saba nk tggu 7hb ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi 3 hari je lepas tu terus terjah panggung! :)

      Delete
  5. belum tengok citer ni..best ke..

    seronok tengok dpt bergambar dgn Afdlin..bestnyaa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sis especially kalau layan filem Hantu Kak Limah. Afdlin amat friendly :)

      Delete
  6. janggut tu teringat ustaz azhar idrus.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....betul! Macam ustaz Azhar Idrus! Sama tapi tak serupa! :)

      Delete
  7. Thanks Zalora. Already email :)

    ReplyDelete
  8. jom ramai2 pakat pi tengok kat pawagam... hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Mari ramai-ramai meriahkan pawagam! :)

      Delete
    2. ada tiket free lebih tak? hehe

      Delete
    3. Takdelah pulak tapi kalau ada saya akan bagi punya :)

      Delete
  9. oohhh..kalau hantu kak limah n zombie kg pisang da best da, rasa2nya da dpt teka yg kesinambungannya mesti jugak best ..oohhh! bergmbar dngn retis .... :)
    hantu filem nih..haahaa... :)

    ReplyDelete
  10. waaaaa....bestnye dalam jumpa artis ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak sebab artis yang jumpa semua friendly :)

      Delete
  11. best ke citer ni??
    cer wat sinopsis skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah jugak bestnya. Tak payah tahu sinopsis lagi best. Pergi sendiri tengok kat pawagam :)

      Delete
  12. khamis ni... pasti aku nak kena tgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa tunggu Khamis. Tengok lah midnite show malam Rabu! Baru gempak! :)

      Delete
  13. cam ne leh lps gi ni..ni yg wat jeles sgt ni, lain kali nak gi gitaulah siang2..eshhhh...
    Anyway..best tak cite ni???

    ReplyDelete
  14. Best sis walaupun kurang sikit lawaknya dari Kak Limah. Tengok jangan tak tengok! :)

    ReplyDelete
  15. bez la citer ni :)
    tak sabar nak tunggu citer ni keluar ^_^

    ReplyDelete
  16. Ahahaha..mesti kelakar kan cerita ni..mungkin akan dipertimbangkan untuk menontonnya di pawagam. :)

    ReplyDelete
  17. xsempat nak g tgok pon lg,
    tggu utube la. kekeke ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, bila ada masa mungkin boleh tonton di panggung wayang. Seronok gelak ramai-ramai!

      Delete
  18. Best kot cerita ni.(ah follow jin pakai toncit)

    ReplyDelete
  19. wahh untungla..leh tgok dgn retis..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang untung. Artis yang saya jumpa semua peramah.

      Delete
  20. akak nieda dah tengok dah,dia kate more minat HKLBR yg dulu.tapi mcm lawak je tygn perdane kat astro ari tu.mau gk tngok ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lain orang lain minat dia. Setiap Filem ada keunikkan tersendiri. Selamat menonton! :)

      Delete