Nuffnang Ads

Friday 1 March 2013

Rock Oo Rimba Bara kembali!

Hi semua. Dah dekat 2 minggu aku tak update blog. Bz dengan kerja dan kursus. Harap-harap peminat-peminat setia semua tak lari. Yang penting aku selalu update dekat Twitter, Facebook dan Instagram. Jadi kalau sudi bolehlah follow Twitter Kakitanganmata serta follow Instagram personal aku iaitu Megat Fareto. Kalau sudi gak boleh like page Kakitanganmata di Facebook. Itu pun kalau sudi tak paksa pun hehehe... :)

Ok kali ini aku nak cerita tentang filem Rock Oo Rimba Bara Kembali yang sedang ditayangkan di pawagam. Semalam aku berkesempatan menonton filem arahan Mamat Khalid ini. Memang inilah antara filem yang aku tunggu-tunggu untuk tahun ini. Kalau korang nak tahu antara filem kegemaran aku arahan Mamat Khalid adalah Rock yang ditayangkan pada tahun 2005. So apabila aku tahu munculnya sequal filem Rock iaitu Rock Oo, terus membuatkan hati aku tak sabar-sabar untuk menonton. Mana tak sabar kalau sequel mengambil masa 8 tahun sebelum ditayangkan! Kan?


Rock Oo merupakan sambungan dari Rock yang menyaksikan perjalanan hidup kumpulan Rimba Bara setelah kehilangan vocalist utamaya iaitu Zul Kapan dan gitaris Zack. Dibantu oleh kemunculan Amy, bekas ahli Rimba Bara yang lama serta Slash iaitu gitaris baru, Rimba Bara cuba mencorakkan kembali perjalanan seni mereka. Berjayakah mereka? Itu kena tengok sendiri baru thrill kan? :)


Apa yang aku suka tentang Rock Oo ialah....


  • Lakonan mantap pelakon-pelakon seperti Que Haidar, Khir Rahman serta Pekin Ibrahim. Aku paling tertarik dengan lakonan Khir Rahman sebagai Jijoe yang begitu bersahaja. Selepas ini banyak dialog-dialog dari filem ini yang bakal didengar diamana-mana terutamanya "kan? An An ?" bahana watak Jijoe. Syabas juga kepada Que Haidar yang masih berjaya menghidupkan watak Amy dengan penuh emosi. Dah lama tak berlakon tapi lakonan masih kelas A! Siap nyanyi lagu Teratai pakai suara sendiri lagi! No mimingPekin Ibrahim walaupun tak banyak dialog tapi lakonannya sebagai Slash memang mengingatkan kita pada gitaris lagenda kumpulan Guns N Roses.


  • Jalan cerita yang tersusun, mudah difahami serta dialog berkualiti membuatkan aku tak bosan serta amat menantikan babak-babak berikutnya. Menurut Mamat Khalid kebanyakan babak adalah berdasarkan pengalamannya ketika zaman rockers dulu. 
  • Lawak-lawak yang segar di pasaran dan kelakar gila membuatkan panggung penuh dengan hilai ketawa terutamanya kawan aku Rizal yang gelak paling kuat dan tak henti-henti! Paling kelakar bagi aku part ketika Rimba Bara yang kebulur di rumah sewa sebab hari-hari makan maggi dan kentang. Kebulur sangat sampai meroyan si Zul Kapan!


  • Teknik pengambaran yang kemas serta cantik membuatkan filem Mamat Khalid kali ini nampak 'mahal' dan ada class. Melihat filem ini seolah terasa betul-betul pengambaran dilakukan pada tahun 1990an. Memang hebat! Tahniah kepada pihak art production serta prop filem ini.
  • Iringan lagu-lagu rock dari tahun 80an 90an seperti Teratai ( Sweet Charity ), Suci Dalam Debu ( Iklim ), Ku Dihalamam Rindu ( Lefthanded ), Sendiri ( May ) serta banyak lagi berjaya mengingatkan kembali kepada nostalgia zaman kegemilangan rock dulu. Oh tidak lupa juga lagu Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur nyanyian Datuk Malek Ridzuan yang dah lama aku tak dengar. 
Apa yang aku tak suka....
  • Penampilan Tasha Shilla yang kejap sangat. Tak puas tengok! :)
  • Rasa terlalu cepat sangat filem ini habis. Tak puas! Nak lagi! Rock 3 please!
  • Filem ini buat aku nak tengok banyak kali. Habis lah duit aku kali ni. Haih! Kalau kutipan filem ini box office atau pecah panggung akulah antara penyumbangnya.
  • Kadang-kala aku tak faham cakap sengau drummer Rimba Bara, Black. Nasib baik aku kurang faham kalau tak memang lagi gelak sakan lah aku!
  • Sebab aku banyak sangat puji filem ini!
Ok tak mau cakap panjang-panjang lagi. Aku bagi rating 4 bintang dari 5 untuk Rock Oo. Pergi tengok filem ni cepat especially kalau korang peminat rock kapak tanah air macam aku. Memang tak menyesal! 

Sebelum itu jom layan lagu tema Rock Oo 'Tika' yang tangkap lentuk ciptaan Jamil Ahmad dan Mamat Khalid sendiri serta lirik puitis oleh arwahyarham Loloq.


 CiaOoooooooooooooo!!!! :)

16 comments:

  1. bley la pi tgk cite ni kalo best...hehehe..lg rock 90an mmg fav time karok...sbb senang nak nanyi...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sis minat karoks lagu rock 90an Filem ini wajib ditonton! :)

      Delete
  2. takda geng nak ajak tgk cita melayu. lagi pun saye tak minat rock rock.. ahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak miniature rock takpe masih boleh layan Filem ini. Yang penting boleh tengok Tasha Shilla berlakon :)

      Delete
  3. Replies
    1. Memang best sangat. Pecah satu panggung dengan hilai ketawa penonton! :)

      Delete
  4. xsabar nak tengok rock 2..yg pertama dah tgk, memang best dan kelakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka yang pertama Rock 2 wajib ditonton! Lagi best dan kelakar :)

      Delete
  5. wah,macam best ja. cara tuan blog tulis pun macam,teruja gila! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya ini merupakan salah satu filem terbaik Mamat Khalid. Mana tak teruja kalau dah memang minat sangat dengan rock! :)

      Delete
  6. eh! puji filem pun boleh masuk dalam list tak suka ke? hahaha.. mmm... baru semalam ada org melamar kita tgk filem ni... hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah dahsya! Ada orang melamar tengok cite Rock Oo. Sebenarnya banyak sangat suka pasal filem ini itu pasal banyak sangat puji :)

      Delete