Nuffnang Ads

Saturday 11 May 2013

Ayam Golek Lima Bintang


Hola dan salam Sabtu kepada semua readers Kakitanganmata. Ada sihat ke semua? Hujung minggu watpe? Ada gi jalan-jalan tak...tengok movie-movie yang aku review atau ada pergi makan-makan? Makan?? Hmmmmmm....Aku memang suka kalau bab makan ni. Selain tengok movie, melancong dan bersukan, makan adalah antara aktiviti yang aku gemari. So mulai sekarang aku akan share sedikit sebanyak tentang 'food experience' aku kat korang. Takdelah boring mengadap blog aku cite pasal filem jer kan :)

Orait. Where do we start. Ok got it. Aku mula dengan makanan kegemaran aku dulu iaitu AYAM. Kalau korang nak tahu aku suka makan ayam. Tak kisah lah ayam jenis apa. Ayam kampung ker, ayam hormon ker, ayam dara ker, ayam belanda ker semua aku bedal. Cuma ayam gelek kereta atau ayam sembelih tak baca Bismillah yang aku tak makan. Ayam lain aku on the spot jer.

Baru-baru ini aku makan ayam golek kat Restoran Ayam Golek Lima Bintang kat Pantai Dalam,KL. Ayam golek ini dulu famous kat Pantai Dalam dan dikenali sebagai Ayam Golek Nara Seafood. Sekarang dah pindah ke lokasi baru berdekatan area stesen komuter Pantai Dalam.

Aku pergi makan situ pun sebab member-member aku semua cakap "sedap dan ranggup, sehingga menjilat jari macam KFC". Ok ayat yang macam KFC tu tak betul saja aku tambah. Tapi member-member aku yang kuat makan cam Rizal, Ben dan Din betul-betul cakap sedap. Untuk informasi korang member-member aku ni semua jenis yang boleh makan satu ekor ayam kurang dari 5 minit. Apa seekor ayam 5 minit? Biar betul! Orang ker apa ni? Ker macam cakap orang tua-tua ada membela kot?

Istimewa ayam golek ini dibakar sekali dengan daun pandan. Memang terangkat baunya!
Sebenarnya aku saja tambah lagi. Dioarang tak makan seekor ayam dalam 5 minit. Tapi seekor ayam tu betullah. Saja buat gimmik jer hohohoho. Tapi cuba korang fikir apabila rakan-rakan yang terdiri dari pakar-makan-ayam-seekor cakap ayam golek kat situ sedap gila, mesti kita nak cuba kan? Lain lah kalau jenis makan cubit sikit-sikit jer. Susah sikit nak percaya, betul tak? :)

Dengan harga serendah RM20 anda boleh menikmati hidangan lazat seekor ayam ini.
Sedap ker tidak? Perghhh! Memang sedap dan terbaik! Tak sia-sia aku ikut cadangan member-member aku. Aku yang juga merupakan ahli Persatuan Makan Ayam Seekor macam dioarang boleh bagi thumbs up!

Menu pilihan aku hari tu ayam golek seekor, tomyam campur, telur dadar dan kangkung goreng belacan. Nyum! Nyum!
Jadi kalau korang rasa teringin nak makan ayam golek yang sedap, Aku suggest korang datang sini. Harga pun ok berbaloi. Kalau tak nak makan ayam golek saja kat sini ada juga masakan-masakan lain seperti seafood, tomyam pelbagai. Cuma jangan order burger bakar atau goreng pisang sebab sini takde.

Pelbagai menu pilihan disediakan. Boleh pilih menu set lagi kalau datang beramai.
Jadi apa lagi datanglah cuba. Memang rugi kalau tak try! Ciao!!! :)


17 comments:

  1. wah, makan sorang-sorang kah?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tengok ayam bergolek yang tak tahan tu :)

      Delete
  3. Alamak.. bLiur aku tgk ayam tuuu.. huhuhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....sapa-sapa yang tengok pasti terliur :)

      Delete
  4. Salam Megat.

    Aaa..harga under RM20 tu including?

    Ke harga ayam golek semata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Harga RM 20 untuk seekor ayam sahaja dan disini tak jual ayam separuh untuk informasi. Satu set untuk 2 orang makan dalam RM 36.90 termasuk nasi, tomyam, ayam dan sayur sekali :)

      Delete
    2. Oh..tq megat. So, nak taknak, kena beli sekor la kan.. 36 tu dgn harga air skali?

      Pantai dalam..dekat dah..boleh nak mencuba ni ^_^

      Delete
    3. Sayangnya set tak termasuk air. Sama-sama :)

      Delete
  5. Replies
    1. Sedap giler bro! Mesti mahu cuba! :)

      Delete
    2. pasni nk cubaaa jugakk....xkira..hehe

      Delete
  6. yarabbi sedapnyee tgk ayam tu.. :)''''' harus ajak hubby sini! tq for the review..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis. Adalah menjadi tanggung jawab untuk share informasi yang bermanfaat :)

      Delete
  7. Saya suka posting yang ada dalam blog ini. Sukses ya buat blognya
    sedikit mau share aja
    Klik di Dibayar

    ReplyDelete
  8. blh dapat kan num fhone ayam gorek 5 bintang x?? sbb nk booking buka pose ramai2

    ReplyDelete