Pada suatu ketika dulu....
jeng jeng jeng....
suspen....
 |
Akulah pencuri identiti terkenal. Agak-agak sapa mangsa aku seterusnya ya...hmmmmmm..... |
 |
Dulu aku pernah curi identiti Batman tapi leceh sebab asyik kena kerja shif malam. Tido memang problemo! |
 |
Boring jadi Batman aku menyamar jadi Spiderman lak. Lagi masalah sebab kena lompat sana sini. Gaji lak ciput! |
 |
Hait! Jadi watashi saja belum pernah san? Arigato gozaimas san! Cakap Jepun main hentam gomo san! |
 |
Ishhhhh!!! Jangan menyibuk! Tak hingin nak curi identiti kau! Kang tak pasal-pasal hari-hari kena makan sushi. |
 |
Hmmmmm....apa kata aku curi identiti diva-diva cantik lak cam Rozita Che Wan ker... |
 |
Rozita : Sedar diri tu sikit kalau ya pun nak curi identiti mek! Diva ker tidak tu? |
 |
Barney : Susah-susah kau curi jer identiti aku. Bebudak suka, hehehehe...... |
 |
Dah lah tu....dah lah tu... hentikanlah curi identiti orang tuh! Berdosa dan takde pekdahnya! Kang aku gari baru tau! |
 |
Tahu takut. Lari kak jangan tak lari. Padan muka nak sangat curi identiti orang kan! |
Secara ringkasnya, sketsa di atas tiada kaitan dengan filem
Identity Thief yang aku tengok minggu lepas. Apa? Minggu lepas tengok baru nak
update? Apa kono kau jang? Kang
reader semua lari padan muka kau! Apa? Komputer rosak?
Oooooo camtu rupanya.....patut lambat
update. Takpe-takpe lain kali jangan buat lagi :)

Bagi aku filem
Identity Thief ni ok oklah kelakarnya. Maksud aku kelakar tapi tak banyak
scene kelakar yang boleh buat kita ketawa cam orang gila. Sayang sekali dengan adanya dua pelakon komedi berbakat seperti
Jason Bateman (
Horrible Bosses ) dan
Melissa McCarthy (
Bridesmaids ),
Identity Thief gagal menjadi sebuah filem komedi bertaraf kelas
A. Lambakan lawak berunsur
slapstik dalam
Identitiy Thief dan
mood filem yang kejap lawak kejap sedih membuatkan kadang-kala kita merasakan seperti bukan melihat filem komedi. Walaubagaimanapun
Identitiy Thief masih merupakan filem komedi yang menghiburkan tetapi jika korang ingat korang akan gelak sakan dalam panggung korang mungkin akan kecewa. Rating
3 dari 5 bintang.
Ciao!! :)
P/s : Cam biasa terima kasih Google atas image-image semua. Tanpamu siapalah aku. Perghhh! Ayat!!
menarik genre yg jarang2 kita tonton
ReplyDeleteBetul bro. Banyak sangat Filem aksi dan fantasi di pawagam sekarang tapi kurang kualiti :)
Deletebe your 305 follower. hehe. filem tue macam best. i will find it hehe tq for sharing ye :D
ReplyDeleteYou're welcome sis :)
Deletemenarik jg ni.skali skala gelak sbb byk sgt yg ganas2 :)
ReplyDeleteBetul bro.Gelak-gelak boleh release tension :)
Deleteyang ultraman tu kelakar. haha. btw, nice story.
ReplyDeleteThank you sis.Saja Ultraman tu nak menyibuk :)
Delete