Nuffnang Ads

Sunday 23 June 2013

Man of Steel. Superman reboot rebrand recharge!

Hola! Apa khabar semua? Aku berharap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya walaupun cuaca sekarang dipenuhi oleh jerebu. Teruk juga jerebu kat area rumah aku ni sampaikan kadang-kala bila lepas bangun tido tengahari aku feeling-feeling terasa seperti di Cameron Highlands. Jerebu tebal ingatkan kabus gitu hehehe... :)

Apa-apa pun jerebu ker, panas terik ker, musim hujan ker...aku tetap gi panggung wayang tengok movie. Dah memang minat aku nak buat camne ya tidak? So kali ini aku nak cerita tentang filem MAN OF STEEL yang aku tengok. Semalam aku tengok filem WORLD WAR Z lakonan Brad Pitt tetapi nanti bila free aku cerita ok? 


MAN OF STEEL  ( MOS ) merupakan sebuah filem arahan Zack Snyder yang menceritakan tentang kisah Superhero yang di sukai ramai iaitu Superman. Dalam filem ini korang akan lihat camne asal usul Superman, bagaimana Superman melalui kehidupannya sebagai manusia biasa di bumi serta akhir sekali bagaimana Superman bertarung dengan General Zod seorang musuh yang amat dahsyat dari planet Krypton.


Apa yang menarik bagi aku tentang MOS ialah...
  • MOS mempunyai jalan cerita yang lebih fresh dan di lihat agak berbeza dari filem-filem Superman terdahulu. Ini mungkin kerana pengaruh Produser MOS iaitu Christopher Nolan yang seperti kita tahu amat berjaya dengan triologi filem The Dark Knight arahannya yang merupakan rebranding kepada Batman. MOS pula dilihat sebagai reboot kepada Superman.
 
  • Special dan visual effects serta teknik CGI yang amat memuaskan seperti babak pertarungan diantara Superman dengan General Zod di kota Metropolis serta babak di planet Krypton berjaya dijelmakan dengan amat baik.

  • Costume Superman yang lebih cantik dan menarik. Dan yang paling best, Superman dah tak pakai ' Spender ' merah kat luar lagi! Untuk informasi semua ketika ujibakat pemilihan Man of Steel, hanya aktor Henry Cavill yang tidak diketawakan semasa memakai costume Superman yang baru ini berbanding aktor-aktor lain yang mencubanya. Orang semua cakap Wow adalah! Faktor inilah antara sebab mengapa pengarah Zack Synder memilih Henry untuk watak utama Man of Steel.
  • MOS di lihat mempunyai jalan cerita yang lebih logik dan boleh diterima dari filem-filem Superman terdahulu. Contohnya seperti kenapa semua orang tak kenal Clark Kent sebagai Superman terutamanya Lois Lane yang hari-hari nampak mukanya? Takkan dengan hanya memakai cermin mata dan ubah gaya rambut semua orang tak kenal Clark Kent itu Superman? Macam tak logik kan? Dalam MOS korang boleh lihat bagaimana pengarah Zack Synder memberi penyelesaian yang lebih logik pada pemasalahan ini. Wah! Macam masalah besar je bunyinya kan?


So apa yang aku tak suka pasal filem ini? Hehehehe...ok terus terang aku cakap aku ini memang suka dengan filem-filem Superhero seperti Superman, Batman, Spiderman dan yang sewaktu dengannya. Tak kira Superhero mana kalau Cicakman pun aku layan gak. Kalau nak mencari kelemahan dalam filem MOS memang payah untuk orang macam aku ni. Untuk aku filem MOS berjaya memenuhi tuntutan aku sebagai peminat filem genre Superhero. Aku berpuas hati sebab MOS berjaya memberi pembaharuan dalam imej dan jalan cerita SupermanMan of Steel dilihat berjaya menaikkan semula nama Superman kerana kegagalan filem Superman Returns.

Rating 4 dari 5 bintang aku rate untuk Man of Steel. Aku bercadang nak pergi tengok lagi. Maybe nak try IMAX 3D lak. Ciao! :)

28 comments:

  1. Awesome kan! Jom tengok lagi! Anyway, nice writing here :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang awesome bagi penggemar filem superhero macam saya. Thank you sis! :)

      Delete
  2. I love it as well. Nice review

    ReplyDelete
    Replies
    1. same interest lah bro. Thank you for your compliment. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum... tumpang lalu, boleh saya tambah sedikit bagi pengetahuan saudara pengarang dan pembaca-pembaca yang lain bahawa Kal El belum lagi dikenali sebagai "Superman" di serata dunia dalam filem ini. Ia hanya diberi berbagai gelaran seperti alien, angel, savior dan super man (nampak jarak super dan man kerana belum 'official' dengan gelaran tersebut).
    Ada terdapat banyak easter egg (unsur-unsur) yang akan membawa kepada penubuhan Justice League of America seperti kapal angkasa Fortress of Solitude yang terhempas di benua utara, terdapat satu adengan dimana Clark Kent ternampak satu pod yang kosong, tidak mengandungi mayat makhluk Kryptonian, berkemungkinan itu adalah pod kepunyaan saudara perempuannya iaitu Kara Zor El (atau bagi kita lebih dikenali sebagai Supergirl). Mungkin ada satu kejadian yang menyebabkan kapal angkasa itu terhempas ke bumi.
    Terdapat banyak logo Lexcorp diserata tempat di Metropolis. Lexcorp adalah entreprise kepunyaan antigonist Lex Luthor.
    Logo Wayne Enterprise juga tertera di badan sebuah satelit kepunyaan Bruce Wayne (yep, Batman). Tetapi ura-ura pihak DC Universe akan membikin filem Batman yang berkonsep baru berjudul The Batman. Ia tiada kena mengena dengan ketiga-tiga filem Dark Knight.
    Diakhir filem MoS kita diperkenalkan seorang gadis beruniform tentera Amerika Syarikat yang bernama Carrie Farris. Carol Farris adalah teman wanita Hal Jordan (superhero Green Lantern).
    Terdapat logo Blaze Comics iaitu anak syarikat DC Comics yang pernah menghasilkan komik-komik Booster Gold.
    Dan S.T.A.R Lab dimana terdapat seorang lagi superhero bernama Cyborg.
    Jadi berkemungkinan di masa-masa akan datang jika diizin tuhan, kita akan disajikan dengan kehadiran superhero-superhero bernama Booster Gold, Supergirl, Green Lantern, Batman dan Cyborg dalam filem Justice League of America.
    Kenapa 'bodysuit' Kal El tidak terdapat seluar dalam merah seperti Superman yang lalu (Christopher Reeve, George Reeve, Brandon Routh dll)? Laa.. Superman di dalam komik dah lama tidak memakai seluar dalam merah diluar semenjak pelancaran The New 52. Bodysuit atau bagi mereka yang bukan berminda teknikal sebagai kostum itu bukan diperbuat dari bahan yang terdapat dari bumi. Sebelum ini 'kostum' nya dibuat oleh Clark Kent atau ibunya, Martha Kent menggunakan benang hasilan manusia dan bahan dari bumi kita, jadi bila bertempur dengan raksksa seperti Doomsday, kostum itu akan rosak dengan cepat, lain pula bodysuit alien Kal El yang diperbuat dari planet Krypton, bahannya adalah sekuat Man of Steel itu sendiri.
    Itulah diantara informasi-informasi yang boleh saya beri. Bagi moviegoer mungkin tidak berapa faham dengan coretan saya tapi bagi penggemar komik terutama komik Superman, apa yang saya tulis ini adalah cerita lama bagi mereka. Filem Man of Steel adalah filem yang diadaptasi dari buku komik Superman dan Action Comics serta Justice League dari kumpulan The New 52. Filem-filem Superman yang lalu adalah hasil karya untuk pembikinan filem dan tiada kena mengena dengan komik. Kenapa baru sekarang ini DC dan Warner Bros hendak mengikuti komik dari karya seorang penulis skrip filem? Kerana kuatnya persatuan COMICON yang rata-rata mengandungi penggemar-penggemar komik. Sebagai contoh, adaptasi filem The Last Airbender oleh M. Night Shymalan yang tidak ikut kepada garis panduan dari siri Nickolodean telah menyebabkan fans siri itu memboikot secara besar-besaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam saudara Rushdan. Terima kasih diatas perkongsian info ini. Amat bermanfaat dan berguna terutamanya kepada peminat-peminat Superman seperti saya. Memang tak sabar untuk menunggu Filem Justice League yang diura-urakan bakal diterbitkan nanti. Memang dengar cerita Pengarah Dark Knight, Christopher Nolan tidak mahu triologi Dark Knight nya ada kaitan dengan Filem Justice League kalau ianya dihasilkan. Menurut beliau ini kerana dalam dunia Dark Knight ciptaannya Superman tidak wujud. Jadi betul seperti kata saudara kalau Batman ingin wujud dalam Filem Justice League terbaru, ianya mesti 'Batman' yang baru dan bukannya Dark Knight. Ya betul! Kebanyakan babak Man of Steel di ambil dari Komik asli Superman. Entri blog ini lebih kepada mereka atau saya yang bukannya pembaca tegar komik Superman. Ianya lebih kepada peminat Filem-Filem Superman yang pernah kita tonton berkali-kali versi di layar perak. Namun saya amat suka dengan informasi yang saudara berikan kerana ianya membuat kita semua lebih 'excited' untuk menonton Man of steel dan Filem-Filem superman yang berikutnya. Terima kasih saudara Rushdan :)

      Delete
  4. rewind lagi ke?..knp byk sgt rewind cite superman ni..neway thanks for the artikel..neat and easy to digest..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin nak bagi lebih jelas & logik cerita tu berbanding filem dulu-dulu yang ikut komik 100%. most welcome bro! have a great day! :)

      Delete
  5. minat ye...cik akak tak suka panggung wayang nie..hihi...bukan apa..kalau gi je sana..bukan nak tengok citer....memang cik akak buat tahi mata kot..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak apa cik akak. beli CD pun ok. cuma jika di wayang tu kesan bunyi & penggambaran tu lebih jelas & puas. :)

      Delete
  6. costume terbaru ni mmg mnrik, tp knapa mcm sprman ni start cter bru plak??? knpa xsmbg je yg dlu punya??

    ReplyDelete
  7. tunggu orang upload HD punyer. download n layan sensorang. syok

    ReplyDelete
  8. man of steel memang best! superman dah pandai skrg sbb x pkai spender kt luar....hehe...
    http://thefreehuman88.blogspot.com/2013/06/man-of-steel-2013.html

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. best sangat bagi peminat filem superhero seperti saya :)

      Delete
  10. wah, cam menarik je !
    dah lama tak jejak kaki ke panggung wayang. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tunggu lagi sis. Cepatlah jejakkan kaki ke panggung wayang! :)

      Delete
  11. Wow.. macam best je.. x berkesempatan nak tgk cite ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa bro kalau tak sempat mungkin boleh beli CD :)

      Delete
  12. best MOS kali nie, gemapk ada beberapa scene yang kurang best ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. scene mana yang kurang best tu bro? Jom share sikit kat sini. :)

      Delete
  13. Replies
    1. belum sempat heroin dia nak sebut super man waktu tu kan?

      Delete
  14. huhu.... x prnh tgk lagi cite nih -,- sllu ketinggalan,.. ahhahaha... xpela.. ada masa tgk nnti ^_^

    ReplyDelete
  15. nak pegi tengok . tapi tak berkesempatan lagi :(
    btw nice preview :D

    ReplyDelete
  16. macam best je movie ni. but, aku ni jenis tak minta tengok movie. huhuhu

    ReplyDelete
  17. Bw sini!

    Btw, Join jom!

    http://koxtau.blogspot.com/2013/07/2013-giveaway-from-farra-izzaty.html

    ReplyDelete