Nuffnang Ads

Saturday 15 June 2013

Pee Mak.

Hola! Korang suka tak tengok filem hantu? Aku ini boleh lah dikategorikan dalam golongan mereka yang nak sangat tengok filem hantu tetapi dalam masa sama takut-takut gitu. Kira mahu tapi malu. Cewahhh!! Tapi aku belum termasuk dalam kategori golongan yang tengok filem hantu tapi berselindung di sebalik jari-jemari halus atau mengunakan bekas popcorn sebagai pendinding antara layar perak dan mataku kala tiba  babak menyeramkan yang boleh buat aku menjerit, mencarut dan melatah penuh emosi. Aku hanya dalam kategori selepas tengok filem hantu akan tido buka lampu secerah-cerah alam. Itu aku hehehe... Korang macam mana lak? :)


Filem seram Thai seperti Shutter, 4bia, Nang Nak memang terkenal kerana berjaya buat ramai penonton yang jiwa kacau selepas menontonnya. Aku pun dah lama tak tengok filem hantu Siam. Kali terakhir filem yang aku tengok pasal semua penonton dalam panggung yang tengok filem mati satu persatu. Aku pun tak ingat apa nama citenya

Pee Mak, filem seram Thai yang amat aku rekemenkan untuk korang tonton. Jangan takut. Filem ini tak setakut mana. Loh! Kalau tak takut buat apa nak tengok, betul tak? Orang kalau boleh nak tengok filem hantu yang takut-takut baru best. Ya! Filem ini memang tak setakut mana. Korang jangan expect nak dengar orang dalam pawagam menjerit setiap 5 minit. Sebaliknya korang akan mendengar hilai ketawa dan kalau nasib baik boleh dengar orang menangis lagi. Laaaaa Ini filem lawak ke apa ni? Filem hantu ke filem romantik sampai nak nangis-nangis? Confius kan? 

  
Jangan confius. Sebenarnya filem Pee Mak bagi aku amat menarik kerana ianya mengandungi unsur-unsur seram, kelakar, romantis dan kesedihan. Pee Mak merupakan sebuah filem komedi seram yang amat menghiburkan. Bagi yang pernah tonton filem Nang Nak dulu korang cuba bayangkan tengok filem Nang Nak versi kelakar ala-ala 'parody' gitu sebab filem Pee Mak jalan ceritanya memang tak banyak berbeza dengan filem Nang Nak. Ini kerana filem Pee Mak dan Nang Nak diilhamkan dari kisah dongeng seram masyarakat Siam iaitu Mae Nak Phra Khanong. That's why jalan cerita lebih kurang.


Secara ringkasnya, Pee Mak menceritakan tentang Mak ( Mario Maurer ) seorang askar yang telah pergi berperang meninggalkan isterinya, Nak ( Davika Hoorne ) yang sedang mengandung. Ketika di medan perang Mak telah berkawan rapat dengan 4 orang askar lain iaitu Aer, Ter, Shin dan Puak. Setelah selesai perang, Mak telah menjemput keempat-empat sahabatnya untuk singgah pulang ke kampung halamannya dan bertemu dengan isterinya Nak bersama anaknya yang baru lahir iaitu Dang. Namun begitu kepulangan Mak tidak disenangi oleh penduduk kampungnya yang lain. Mereka percaya kepulangan Mak bakal membawa bencana yang besar kepada kampung mereka. Kenapakah penduduk kampung memulaukan Mak? Apakan salah Mak pada mereka? Bencana apakah yang bakal melanda? 


Aku suka filem Pee Mak disebabkan ianya sarat dengan babak-babak lawak pecah perut, punchline-punchline yang kelakar ( walaupun tengok subtitle sebenarnya ) semuanya gara-gara lakonan 4 orang rakan Mak iaitu Aey, Ter, Shin dan Puak. Keempat-empat mereka berjaya melakonkan watak mereka dengan penuh berkesan. Gandingan yang kuat antara Mario Maucer yang berlakon sebagai Mak dan actress jelita kacukan Thai Belgium Davika Hoorne sebagai Nak berjaya menyentuh jiwa penonton-penonton, terutamanya babak di akhir filem dimana Mak yang tidak mahu berpisah dengan Nak. Dapat jugalah aku dengar sayup-sayup orang nangis dalam panggung.


Aku rate filem Pee Mak 4 dari 5 bintang.  Menghiburkan! Ciao! :)

19 comments:

  1. Replies
    1. Kalau nak download tak sura pulak tapi Filem ini masih ditayangkan di pawagam tempatan. Kalau tengok kat wayang gerenti lagi best dan puas! :)

      Delete
  2. umm memang best. ros pun bagi 4 bintang dari 5. hehe :)
    http://rozeath.blogspot.com/2013/06/komedi-seram-dalam-pee-mak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem ini memang layak dapat 4 dari 5 bintang sebab ada elemen seram, kelakar, sedih dan romantis! :)

      Delete
  3. Mak? Nak? Macam mak dengan anak pulak dah. hiks.
    Nak kene tengok nih..thanks for the review ye Megat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok sis. Pasti sis akan suka punya! :)

      Delete
  4. takde orang nak teman kita tengok :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak Cik Abang tengok mesti dia sudi punya :)

      Delete
  5. assalam,

    bunda ni penakut..criter2 setam ni memang tak layan lah..tambahan filem hantu siam, lagilah menjadi2 seramnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem ni tak takut sangat Bunda. Kelakar adalah. Amat sesuai bagi mereka yang baru teringin nak tengok filem hantu :)

      Delete
  6. pernah tengok citer nang nak je...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pernah tengok Nang Nak, filem Pee Mak satu kemestian! :)

      Delete
  7. Nak tgk tapi dkt Sunway Pyramid x tayang pulah dah.. Grrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat Sunway tak tayang boleh try pawagam GSC berdekatan macam Paradigm mall atau Summit :)

      Delete
  8. dah tengok! dah tengok! seronok tak ingat! gelak sepanjang filem! sampai kene sound dengan org sebelah! hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kan? Saya pun terhibur sangat. Ending dia nangis tak?

      Delete
  9. Tak berkesempatan lagi nak menonton filem ni...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat curi masa untuk tonton. Boleh release stress. Dah tonton bagi respon kat sini. :)

      Delete
  10. huhuhu. cerite hantu thai memang biasanya lucu2. klw org puteh, bunuh2. klw malaysia??? huhuhu :D

    http://faraahaniey.blogspot.com

    ReplyDelete