Nuffnang Ads

Friday 5 April 2013

Riang ria di Fun Fair

Hola! Salam Jumaat semua readers Kakitanganmata. Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Amin :)

Ok dah lama rasanya aku tak update pasal aktiviti aku. Lately banyak pasal review filem. So kali ini aku nak update tentang pengalaman aku gi  fun fair dekat Bukit Jalil. Cakap pasal fun fair, mesti ramai antara kita yang pernah pergi dan mempunyai kenangan terindah especially masa kanak-kanak dulu. Aku masih ingat masa aku kecil-kecil dulu parent aku selalu bawa aku gi fun fair especially Pesta Pulau Pinang. Memang seronok habis!


Yup! Betul! Fun fair kalau nak dibandingkan dengan jenis-jenis entertainment sekarang memang tak terlawan. Tak terlawan! Dengan banyak taman tema, cinema, waterpark yang serba canggih, fun fair semakin dilupakan. Tapi kita harus ingat. Walaupun bagi kita yang serba moden dan dewasa ini fun fair mungkin entah apa-apa ntah, bagi budak-budak yang masih belum dicemari dengan arus teknologi yang serba canggih, fun fair adalah segala-galanya! Cewahhhh!!! Ayat macam selalu terputar belit mengalahkan sasterawan negara gitu! :)


Ok cukup-cukup sudah aku berintro panjang lebar. Lets straight to the point.


Euro Fun Park yang sedang ada di parking lot Stadium Nasional Bukit Jalil telah berlangsung dari 22 Mac dan akan berakhir pada 22 April 2013. So still ada banyak masa jika nak gi. Harga tiket RM5 dan parking RM2. Kalau nak parking luar dan free boleh tapi janganlah sebab kita nak berkira RM2 keselamatan kita terancam, ya tidak? Lebih baik bayar saja RM2 supaya keselamatan kita dan keluarga kita terjamin.

Senarai harga ride. Pilih mana yang berkenan di hati.
Ada macam-macam ride dan permainan dalam Euro Fun Park ini. Korang leh pilih daripada nak naik roller coaster yang ganas, nak pedajal member langgar main bumper car atau nak romantik-romantik gitu dengan pasangan naik ferris wheel. Bagi budak-budak fun fair is heaven but for parents kalau terlampau biar bebudak main sana sini leh jadi hell yeah! Banyak abis duit hohoho... so pandai-pandailah ye kawal diri sendiri and bebudak :)

Banyaknya patung besar. Nak kena try menang nih!
Mesti dapat hadiah? Hmmmm....interesting.....
Agak-agak rubber duck mana yang boleh buat aku menang patung besar ni? Pancing jangan tak pancing!
Akhirnya aku tak menang patung hadiah paling besar. Aku dapat hadiah kecik molek ni pun dah syukur sangat :)
Jadi kalau hujung minggu ini terasa cam boring, anak-anak duduk tak tentu arah dan dah takde idea nak bawak awek gi dating, Euro Fun Park amat sesuai sangat.

Have fun and enjoy! Ciao!!! :)

18 comments:

  1. waaa mesti meriah kan kat sne...hehehe....
    tak suka men game semua tu juzt ske tgk byk lampu warne warni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah.Tak main game takpe janji have fun :)

      Delete
  2. wowowo..best nye dapat pergi funfair ^^

    ReplyDelete
  3. Dulu kecik2 suka sangat pergi funfair. Besttt sangat!

    ReplyDelete
  4. salam. sy dah lama x gi fun fair sbb anak2 masih kecil...jd susah nak kawal...lagipun sy je sorang je yg dewasa...mungkin bila mrka besar sikit sy bawalah jln2 ke sana ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abe Din. Anak-anak kalau dah besar senang sikit nak kawal dan mereka lagi seronok main fun fair :)

      Delete
  5. Bestnya fun fair!! Teringin giler nak naik euro wheel tu. Ntah bila baru dapat naik. Sobsss =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Euro wheel memang best kalau suka ride yang relax-relax. Jangan risau still ada masa nak naik :)

      Delete
  6. best jugak sekali sekale lyn funfair nie kan..release tension..hihi..kalau bawak anak2..kene tukar token byk2..ngeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Budak-budak paling suka. Parents memang sediakan duit banyak beli token :)

      Delete
  7. isk.. esok nak ajak cik abam gi funfair la! tension lak tengok dy gi funfair.. hihi..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Memang syok. Pergilah sis still sempat :)

      Delete
  9. hai! jom follow kat twitter :) https://twitter.com/YanaFieqa

    ReplyDelete
  10. masa kecik2 dulu sllu p.. skrg x dah... ahhahaha... sesak2.. kang sesat! wkakkaka :)) kalau dpt cik ted tu bestt kut :)

    ReplyDelete