Nuffnang Ads

Saturday 8 June 2013

KIL.

Salam Sabtu semua. Tanpa membuang masa aku nak update tentang filem KIL yang aku tengok. Bunyi cam lain dari lain kan? KIL. Macam bunyi 'kill' bermaksud BUNUH. Menarik sangat bunyinya. Itu antara sebab yang buat aku tak sabar nak tengok filem KIL.


KIL diarahkan oleh pengarah baru iaitu Nik Amir Mustapha. Pelakon utamanya juga amat asing bagi aku. Aku rasa macam tak pernah tengok diaorang berlakon. Redza Minhat dan Cristina Suzanne. Nama yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Ini pun antara sebab kenapa aku nak tengok KIL. Sekurang-kurangnya takde bosan asyik tengok muka-muka biasa dan lama di pawagam, tak gitu?

KIL mengisahkan tentang Akil ( dari sini dapat KIL yakni singkatan nama Akil ) yang mempunyai niat untuk membunuh diri. Banyak juga cara dan cubaan bunuh diri yang dilakukan oleh Akil tetapi semuanya tak berhasil. So satu hari ketika Akil lepak hisap rokok di sebuah lorong, Akil telah terjumpa satu iklan di dinding yang menawarkan khidmat bunuh diri. Mak aiii! Ada ke iklan cam tu? Setahu aku selalunya iklan Along atau iklan massage je yang bersepah kat dinding. Ni iklan bunuh diri. Khidmat bunuh diri macam mana yang ditawarkan? Kalau kita yang tak rasa nak bunuh diri pun dah confius tapi busy body nak tahu, Akil yang mempunyai niat nak bunuh diri lagi berasa bingung tapi excited. ya tidak? Hah! Sinopsis dah menarik mesti terasa teruja nak tahu filem KIL ni camne kan?


Tapi... selain idea yang lain dari lain, iklan bunuh diri yang tak pernah dibuat orang serta tajuk filem yang menarik, KIL merupakan sebuah filem yang sedikit mengecewakan bagi aku. Jalan cerita terlampau slow, skrip yang boleh dikira patahnya serta lakonan yang biasa-biasa saja membuatkan cerita-cerita di Cerekarama TV3 nampak jauh lebih baik dari KIL. Teknik pengambaran yang terlampau banyak close up serta kabur membuatkan mata aku sakit kejap atau terus tertutup melayan mimpi indah dalam panggung. Aku yang jarang tido dalam panggung boleh terlelap kejap, camne tu?


Mungkin ada yang akan suka filem KIL macam ayah aku yang menonton filem KIL sekali dengan aku. Mereka suka filem KIL atas sebab-sebab tersendiri dan kurang aku fahami tetapi terus terang cakap aku kurang tertarik mahupun terhibur. Mungkin tak kena dengan jiwa aku kot. Walaupun begitu, KIL merupakan satu percubaan yang berani dari pengarah Nik Amir Mustapha. Berani mengarah satu karya yang 'fresh' lain dari lain di pasaran sekarang serta berani mengetengahkan dua pelakon baru sebagai tunjang utama filem KIL. Cuma sayang tiada chemistry yang kuat antara watak Akil ( Redza Minhat ) dengan Zara ( Cristina Suzanne ) dan lakonan kedua-duanya kadang kala kelihatan agak kaku. Namun begitu filem KIL sarat dengan mesej-mesej kemanusiaan yang berguna seperti mengajar kita bahawa mengambil nyawa sendiri bukan penyelesaian kepada semua masalah tapi kalau upah orang lain amik nyawa kita takpe. Hohoho! Gurau jer! :)

Rating? 2.5 dari 5. Nampaknya filem KIL betul-betul berjaya 'Kill' aku. Ciao! 

P/s : Tak sabar pula nak update tentang filem Now You See Me dan filem seram Siam Peek Mak yang juga aku tonton. Nantikan reviewnya.

18 comments:

  1. Bg aku Kil berjaya keluar dari kepompong pengarah malaysia yg rata2 nya monotone. Tak habis2 dgn rempit, hantu, cintan dan jgk cintan islamik. Bg aku plot cerita dia menarik walaupun agak slow.

    btw, ko tak kenal redza minhat? Dia mgkin tak femes, tp idea seni nya bombastik. Dia lebih suka underground/indie dan tak suke expose terlebih. that's why kot ramai tak kenal dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. KIL memang lain dari filem-filem yang belambak di pasaran sekarang. Redza Minhat memang aku tak berapa kenal tapi dia punya rupa dan pakej untuk jadi pelakon yang berjaya. Cuma kali ini lakonannya dalam KIL kurang sikit :)

      Delete
  2. tertanya-tanya pulak jadinya...eiishh, tajuk filem pun, bukan main ohh, KIL...uishh, klu mcm ni kena tengoklah.... -..-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik jariManis dah tengok nanti boleh kongsi pendapat disini :)

      Delete
  3. I think u haven't watched enough Malay content, to criticize one. Redza Minhat acted in Pisau Cukur. Crissie Suzanne acted in TV series Bicara Hati (shown on Astro) and Projek Pop (8tv). Redza terkenal di pentas teater, so boleh nampak melalui expressions dia dalam KIL. You could feel his despair..

    Jalan cerita slow, tapi cukup berkesan untuk sampaikan mesej. U have to pay attention to the dialogues, berfikir. Ini bukan movie yang boleh ditonton suka2. It is full of art, sampaikan benda2 kecik as props pun diolah dengan begitu detail.

    'Skrip yang boleh dikira patahnya'?? I think u meant dialog. Ada beza skrip dan dialog ya. And yes, dialog yang boleh dikira patahnya. Tapi bukankah itu lebih baik daripada cakap beribu2 patah tapi tak menusuk jiwa? Dialog yang simple, adalah yang paling senang diingat dan di'quote'. THAT, is more meaningful.

    To me, Akil and Zara pamerkan lakonan yg cukup mantap. Eventhough Crissie is quite a newcomer, lakonannya dalam KIL memang patut dipuji.

    Chemistry SANGAT strong, in a '500 Days of Summer' kinda way. Bukan 'Ombak Rindu' or some other cliche ways yg sering ditampilkan dalam Malay content.

    And I don't get what kind of teknik penggambaran yang bagus to you. Maybe u patut search #KIL di Twitter untuk lihat sendiri betapa banyaknya review yang memuji cinematography KIL. Itu antara kekuatan filem ni yang mendapat banyak pujian. Close up shots memberi fokus kepada watak dan dilema yang dihadapi, melalui riak wajah dan body language. Kabur itu adalah salah satu cabang fotografi, 'tilt shift'. The fact that KIL was shot in 11 days, dengan teknik2 yg detail macam tu, wajar diberi pujian.


    Again, I suggest u seach for #KIL on Twitter atau singgah ke FB KIL. Filem ni mungkin masih sukar diterima audience kita, yang dah biasa dengan hantu, gangster, rempit dan kisah cinta yang terlalu klise. Tapi mendapat sambutan dan respond yang menggalakkan melalui social media. Dan so far takde satu review pun yang persoalkan kualiti produksi, at least you should appreciate that.

    After all takkan la boleh terpilih untuk ditayangkan di Cannes Film Festival kan? (If u know how big that is) But then again, masing2 punya selera lah kan :)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 'anon' diatas setiap komen yang diberikan. Komen-komen sebegini akan membantu saya untuk review saya seterusnya. Mungkin boleh pakai proper ID kerana saya amat menghargai setiap komen yang diberikan terutama komen yang memberi maklumat tambahan seperti ini. Terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  4. http://rnadiasabrina.blogspot.com/2013/06/kil-movie-must-see-what-i-feel.html?fb_action_ids=573858739332282&fb_action_types=og.likes&fb_source=other_multiline&action_object_map=%5B432814206817879%5D&action_type_map=%5B%22og.likes%22%5D&action_ref_map=%5B%5D&m=1

    THIS, is a good review. Bukan sebab dia memuji, tapi kerana dia berikan sebab atas setiap pendapat, dan membuat perbandingan. And walaupun dia mengaku tak banyak tengok movie Melayu, she sure knows a lot more than u do.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali lagi terima kasih kerana berkongsi pendapat disini. Jika 'anon' yakin dan pasti bahawa penulis lebih tahu daripada saya, bagus lah kalau begitu. :)

      Delete
  5. filem cengini.. kena hayati setiap patah perkataan, aksinya ada disitu.. kena layan dengan penuh konsentrasi..

    ReplyDelete
  6. pengisiannye dan penghayatan smpai.. redza minhat bawa watak dlm cerita ini dengan baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang lain pendapat bro. Mungkin Aku mengharapkan lebih lagi dari Filem-Filem kita :)

      Delete
  7. Filem KIL memang sukar untuk difahami. Tapi, setelah wan tgk kil, wan rasa cerita ni sangat mendalam maksudnya dan sangat berbeza dari tipikal filem melayu yang selalu kita tengok

    ReplyDelete
  8. Setuju! Setiap Filem ada berbeza, begitu juga citarasa juga berbeza :)

    ReplyDelete
  9. macam pernah pulak ku tengok citerr ni kan. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Filem tahun lps tp bru arini aku tgk. Tak sangka filem yg aku malas nak tgk rupa2nya sgt 'something' bg aku. Org yg x terhibur sbb diorg xdpt 'feel' tu tp bkn slh diorg xdpt feel tu cuma life dia xsama atau hampir sama ngn Kil.
    Dia segi cinematography mmg cool, watak Kil agak ketara x brapa menghayati tp tetap aku puji cubaan yg dia buat utk mghayati. Bukan senang nk menghayati sesuatu watak yg berbeza dgn idup seseorang. Watak Zara mmg superb! Love u Cris! Sebab apa aku puji Cris? Sbb watak pelik2 n kiut Zara mmg pnh wujud dlm idup aku. Watak Cris sgt berjaya! Aduh rindu pulak aku ngan 'Zara' aku yg dulu.
    Maybe sesetengah org watak Zara yg kiut, cun n pelik hanya wujud dlm filem tp sbnarnya mmg wujud n aku org yg sgt bertuah dpt jumpa insan terbaik mcm Zara. Hidup aku pon mcm Kil cuma sdikit berbeza. Walaupun aku x femes n x hensem, ada jgk pmpn yg betul2 cantik sudi jadi menjadi teman. Mcm dlm mimpi jer...errkk maaf, hanyut skt ngn kisah lama.

    Anyway, syabas kpd penerbit, pengarah, pelakon n mereka yg terlibat dgn filem Kil. Walaupon filem ni x meletop mcm Ombak Rindu, tp org2 mcm aku sgt2 menghargai karya mcm ni. Filem ni bg semangat blk kat aku tp mslh besar skrg aku rindu kat Zara aku yg dulu...

    ReplyDelete