Nuffnang Ads

Friday 7 June 2013

The Hangover 3


Hola! Apa khabar semua? Dah lama jari jemariku tidak menekan keyboard-keyboard di komputerku ini. Ada la dekat 2 minggu gak ya. Bz? Takdelah bz sangat. Sikit-sikit je. Maklumlah cuti sekolah, so memerlukan sedikit keringatku untuk bekerja sana sini takkala mereka berkeluarga sibuk melayan karenah anak-anak. Aku yang takde anak dan masih bujang ni pun dah bz, macam mana ya kalau dah berkeluarga nanti? Hmmmmmm.....

Ok tanpa membuang masa, kali ini aku nak update tentang filem-filem yang aku tonton minggu ini dipawagam. Dah 3 cerita aku tengok. Ada yang best, ada yang menguji minda dan ada yang buat mamat kat sebelah aku berdengkur seolah-olah pawagam tu bapak dia yang punya. Tak salah nak berdengkur dan tido tak hingat dalam pawagam tapi jangan lah sampai spoil mood orang-orang lain dalam pawagam, ya tak? :)

Hangover 3


Pasal apa filem ini? 

Hangover 3 menceritakan tentang bagaimana geng yang mengelar diri mereka Wolfpack terdiri Phil ( Bradley Cooper ), Alan ( Zach Galifianakis ) dan Stu ( Ed Helms ) melalui satu lagi pengalaman gila yang tidak akan dilupakan oleh mereka. Cuma kali ini mereka tidak bangun dari 'hangover' ( mabuk amnesia ) tetapi cuba mencari Mr.Chow ( Ken Jeong ) yang terlepas dari penjara. Buat apa susah-susah nak cari Mr.Chow sedangkan mereka boleh lepak-lepak saje kat rumah dan tak menyusahkan diri sendiri?  Mereka 'terpaksa' mencari Mr.Chow kerana hanya Mr.Chow yang tahu dimana terletaknya jongkong-jongkong emas yang bernilai berjuta-juta dollar yang dicuri olehnya dari ketua penjahat bernama Marshall ( John Goodman ).  Jika geng Wolfpack gagal mencari Mr.Chow dan mengembalikan semula jongkong-jongkong emas tersebut, maka rakan mereka Doug ( Justin Bartha ) yang diculik oleh Marshall akan di bunuh! Untuk tahu lebih lanjut apa kaitan semua ini, korang kena tengok sendiri k? :)


Apa yang best?

Kali ini kita boleh tengok gelagat Alan yang makin menjadi-jadi tak betulnya. Makin banyak penglibatan watak Mr.Chow yang gila. Idea lain dari filem Hangover terdahulu dimana kali ini mereka tidak bangkit dari 'hangover' tetapi lebih kepada pengalaman 'road trip'. Kali ini geng Wolfpack kembali semula ke tempat segalanya bermula, Kota Las Vegas! Filem ini juga dikuatkan dengan kemunculan sementara Melissa McCarthy ( Identity Thief ) yang berlakon sebagai Cassie, owner kedai pajak gadai. Aku suka babak antara Alan dan Cassie. Amat menarik chemistery yang ditunjukkan antara mereka berdua. Memang hot dan kelakar sangat!


Apa yang tak best?

Bagi aku Hangover 3 agak kurang best dari filem-filemnya terdahulu. Kurang punchline-punchline serta  aksi-aksi yang lebih kelakar dan gelagat-gelagat yang lebih gila dari geng Wolfpack. Jalan cerita juga agak slow, kurang idea dan kadang kala agak membosankan membuatkan menonton Hangover 3 seperti menonton filem aksi biasa dan bukan filem komedi yang penuh hilai ketawa. Filem ini juga bakal tidak di sukai oleh pencinta-pencinta haiwan sebab banyak pembunuhan haiwan seperti zirafah dan anjing peliharaan. Patutlah filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun keatas saja.

Kesimpulannya?

Sebagai peminat filem Hangover, aku agak kecewa dengan filem Hangover 3. Tak seperti yang diharapkan. Sayang sekali filem Hangover yang terakhir ini berakhir dengan note yang rendah. Aku hanya mampu bagi rating 3 dari 5 je. Itupun sebab aku peminat Hangover kalau tak lagi rendah lah gamaknya. Bagi yang belum pernah tengok filem-filem Hangover sebelum ini, aku suggest korang cari Hangover 1 sebab bagi aku itu antara filem komedi yang terbaik yang pernah aku tonton. Korang tak digalakkan untuk tengok Hangover 3 ini takut nanti spoil lak mood korang nak tengok filem-filem Hangover sebelumnya. Bagi peminat-peminat filem Hangover macam aku, pergilah tengok filem Hangover 3 ini untuk memuaskan diri sendiri dan melihat penamatan kepada edisi saga dan perjalanan gila geng The Wolfpack.


Ok pasni kalau aku ada masa, aku akan cerita pula tentang filem Kil dan Now You See Me yang juga aku tengok minggu ini. Dua buah filem yang lain dari lain tetapi amat berbeza ratingnya. Nak tahu mana yang lebih best, tungguuuuuuuuuu...........

Ciao dan astalavista bebeh! :)

11 comments:

  1. eh..eh...eh..ada jugak mamat yg pi berdengkur dlm cineplex! ni mesti awek suruh temankan dia gi tengok citer yg dia x minat kan? huh! baik balik tdo atas katil di umah...baru syiok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...setuju! Kalau tido kat rumah boleh dengkur puas-puas! :)

      Delete
  2. Hangover 1 tetap paling best setakat nh :)

    ReplyDelete
  3. cm boring jer cerita nie hahahaha nnti la nk tgk jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat filem-filem Hangover terdahulu, Hangover 3 kena tengok juga bro Acik :)

      Delete
  4. rajinye tgk movie! jeles! seriusly jeles! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tokey cinema untung sebab banyak sangat tengok movie :)

      Delete
  5. tak minat sangat cerita hangover... hehe..

    ReplyDelete