Nuffnang Ads

Monday 29 April 2013

Surat untuk Ironman.

AMARAN!! Article di bawah mungkin akan meyinggung atau mempermainkan emosi jika di ambil secara serius. Segala kecederaan mental atau fizikal tidak akan di tanggung!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada,

Peminat-peminat Ironman dan yang sewaktu dengannya.

Best sangat ker filem Ironman 3 tuh? Best sangat ker sampai punya lah susah nak dapat tiket wayang. Sana sini full house. Best sangat ker? Hebat sangat ker?

 
Korang ingat korang terrer sangat ker? Setelah dah berjaya dengan 2 filem seterusnya berani lak nak buat filem ketiga! Wah! Konfident nampak pihak produksi sampai nak wat filem ketiga. Tak takut ker jadi macam Spider-Man yang bila sampai filem ketiga menemui kegagalan? Tak takut ker?

Pelakon utama Ironman 3 Robert Downey Jr lak tak takut ke kalau filem ini tak meletops seperti di harapkan. Dah lah pakai director baru kang tak pasal-pasal kau yang dah famous sebagai actor Gred A sebab Ironman 3 jadi actor Gred....hmmmm....Gred apa ya? Entah! Tak kira lah! Tak takut ker???


Kau ingat dengan watak kau yang bersahaja, berlagak, penuh ego dan konon-konon kelakar tu boleh selamat kan filem ini? Aku tau gaya kau tu menjadi pujaan berjaya-juta gadis seantero dunia tapi adakah itu akan menjamin kejayaan Ironman 3?

Mandarin. Itu bukan nama buah limau tetapi nama watak jahat dalam Ironman 3. Nama macam buah limau ada hati nak jadi watak jahat Ironman 3. Konon-konon abis dahsyatlah tu. Aldrich Killian ( susah bebenor nak sebut ) pun satu lagi watak jahat filem ini. Kuasa api sana sini. Haih! Boleh ker watak-watak antagonis ni buat filem ini best? Haih!


So setelah merapu meraban dengan pelbagai pertanyaan sama ada best ker tidak Ironman 3 hasilnya....


Dukacitanya di maklumkan filem Ironman 3 boleh tahan bestnya. Robert Downey Jr seperti biasa hebat sebagai Tony Stark aka Ironman. Pemilihan Ben Kingsley ( Mandarin ) dan Guy Pearce ( Aldrich Killian ) sebagai watak jahat dalam filem ini memang kena walaupun aku mengharapkan lebih dari watak Mandarin. Ironman 3 juga lebih unsur humour dan skrip yang lebih catchy dan kelakar. Special effects pun di tahap yang memuaskan. Dan yang menarik boleh tengok macam-macam jenis Ironman dalam filem ini. Juga tidak lupa ada budak kecik yang comel nama Harley yang merupakan sidekick Ironman. Amat menghiburkan chemistery antara Harley dan Tony Stark.
 
Oleh yang demikian dengan berat hati aku bagi rating 4 dari 5 untuk Ironman 3. Ker tak cukup lagi??

Sekian terima kasih.

Daripada,

Presiden Persatuan Musuh-musuh Ketat Ironman

 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMARAN KEDUA! Anda dilarang sama sekali untuk meniru cara penulisan diatas kerana di khuatiri akan menyebabkan Hypoxia.

Ciao!!
 

18 comments:

  1. Replies
    1. Memang best terutamanya pada peminat Ironman :)

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Filem best rating mesti terbaik :)

      Delete
  3. ceritanya memang best.. sayangnya tak kena musim... cerita berkisar sekitar musim krismas tapi ditayangkan bulan april.. seharusnya ditayangkan pada bulan disember baru ada impak kepada penonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kalau tayangan time krismas pasti kutipan lagi meletup :)

      Delete
  4. argh...!! kena tunggu sebulan dua lagi untuk DVDRIP..!! =P

    Wordless Wednessday

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/05/wordless-wednessday.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau tak sabar pergi tengok kat panggung :)

      Delete
  5. ari 2 nk tgok tiket full....!!! sodeh den.. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti ada lah rezeki nanti tengok Ironman :)

      Delete
  6. Replies
    1. Best sangat! Terutamanya kepada peminat Ironman, Filem aksi dan Robert Downey :)

      Delete
  7. Replies
    1. Jangan lupa beli tiket awal sebab Ironman 3 selalu penuh tayangannya :)

      Delete
  8. hahaha kelakar entry nie :) ..iron man 3 the best ...aku suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro Acik. Saja nak buat penulisan lain dari lain. Ironman 3 memang menghiburkan :)

      Delete