Nuffnang Ads

Saturday 9 March 2013

Lawak Ke Der 2. Lawak ker tidak?


Hi semua. Korang dah tengok filem Lawak Ke Der 2 ( LKD2 ) tak? Memang kelakar habis! Ok aku tahu mungkin ada yang dah tengok kat YouTube ke apa tapi bagi yang belum tengok lagi aku suggest korang tengok kat wayang untuk lebih puas hati. Memang gelak all the way!


LKD2 adalah pementasan lawak musikal yang telah dipentaskan di Istana Budaya dan telah diadaptasikan ke layar perak. Menurut Hans Isaac sebagai pengarah filem ini, LKD2 difilemkan bagi tujuan memberi kesempatan kepada mereka yang tidak berpeluang menontonnya di Istana Budaya. Mungkin sebab Lawak Ke Der 1 memcecah viewer seramai 2 juta di YouTube, peluang ini di ambil oleh Hans untuk menambah keuntungan produksinya. Kelas kau Hans

Zizan : Nazmidah jangan mati Nazmidah! I lap u Nazmidah!
Johan : Waduh kamu...mati udah deh sonang loh! Kita carik cowok baru udah!
Sepanjang durasi 1 jam 48 minit LKD2 ini anda semua akan dihiburkan oleh pelawak-pelawak terkenal seperti Jozan, Boboi, Nabil dan Harith Iskander. Anda juga akan dihiburkan oleh lagu-lagu seperti Penasaran, Cinta 3 segi dan Bawaku Pergi yang dinyanyikan oleh pelawak-pelawak ini. Aku paling suka dengan lawak stand out comedy oleh Harith Iskandar. Memang lawak berkualiti, jujur n no heart feeling! Selain itu lawak Redha Airways dari Boboi dan sketsa cinta tiga segi oleh Jozan bakal membuat satu panggung penuh dengan hilai ketawa. Tidak lupa juga tarian Gangnam Style versi Nabil yang kelakar habis!

Salute to our own Stand Out Comedy master Harith Iskander! You the best!
Kalau naik Redha Airways korang semua jangan takut tapi 'redha' jer k
Bagi aku kelemahan LKD2 adalah korang boleh menontonnya di YouTube atau channel-channel lain di internet dan sayang sekali LKD2 diklasifikasikan untuk tontotan 18 tahun keatas sahaja. Baru ingat nak bawak bakal adik ipar aku yang umur 12 tahun tengok tapi tak lepas! Camne tu? Kalau filem ini diklasifikasikan ` U `  mungkin lagi ramai yang boleh tengok dan untung lagi banyak kan Hans? hehehe... :)

You all ready?! Lets Lawak Ke Der Style by Nabil!
Tapi ada bagus gak LKD2 diklasifikasikan 18 sebab boleh aku layan lawak-lawak berunsur 'dewasa' gitu walaupun still ada potongan. Bagi budak-budak yang nak tengok lawak dewasa LKD2 leh curi-curi tengok kat YouTube Choiiiiii! Jangan tak baik k!!


Aku bagi rating 3.5 dari 5 bintang. Tengoklah kalau korang nak lepas tension n gelak tak hingat punya!

Ciao! :)

6 comments:

  1. why 3.5 je? mcm tak lawak je. hahahaha oke, akan di tengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak sangat! Jangan lupa tonton k. 3.5 jer sebab boleh tengok kat YouTube so itu yang slack sikit. Kalau masih fresh tak pernah orang tengok leh bagi 4 hehehe... :)

      Delete
  2. 3.5 je? best tak ni??? o.O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best n lawak teramat! Sila tengok di pawagam untuk kesan lagi best! :)

      Delete
  3. haha.. ok laa...
    tuk hiburan duniawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiburan yang gerenti buat pecah perut! :)

      Delete