Nuffnang Ads

Monday 18 March 2013

Jack Giant Slayer, Stoker and Beautiful Creatures

Hola! Kali ini aku nak update tentang filem-filem yang aku tengok kat pawagam lately. Ok aku tahu mungkin ada yang korang dah tengok & banyak filem dah lama tayang kat cinema, tapi rugi lak kalau aku tak share sikit pendapat aku tentang movie-movie ni kan? :)

Jack the Giant Slayer

  • RATING : 3.5 dari 5 bintang. 
  • Pasal apa filem ini ? Pasal Jack yang pergi untuk menyelamatkan Puteri Raja di alam gergasi tetapi gergasi datang balik ke muka bumi untuk menakluk bumi. 
  • Yang best : Special effects yang cun melecun, filem yang tidak meleret dan mempunyai jalan cerita yang ringkas, menghiburkan serta lakonan mantap pelakon-pelakon. Way better than filem Hansel and Gratel Witch Hunter yang sama genre.
  • Kureng best : Filem ini bagus untuk hiburan sementara tapi dalam beberapa bulan nanti anda akan melupakannya sebab filem ini tiada unsur WOW dan epic yang tinggi.
Beautiful Creatures 

  • RATING : 3 dari 5 bintang.
  • Pasal apa filem ini ? Heroin yang ada kuasa luarbiasa terpaksa memilih antara cinta dan airmata. Cewah!! Cam lagu lah pulak!
  • Yang best : Kalau korang sukakan filem romantik fantasi ala-ala filem Twilight, filem ini amat sesuai. 
  • Yang kureng : Walaupun jalan cerita dan skrip lebih baik dari Twilight tetapi masih tidak dapat menandingi Twilight dari segi kualiti dan faktor keunikannya. Hero filem ini juga bagi aku tak berapa sesuai pegang watak utama.
Stoker

  • RATING : 4 dari 5 bintang
  • Pasal apa filem ini ? Heroin yang fikir dia ada kuasa luar biasa dan tertanya-tanya apakah motif di sebalik kemunculan tiba-tiba pakciknya dikala dia kehilangan ayahnya tersayang yang mati secara mengejut di hari lahirnya. Konfius kan?
  • Yang best : Filem yang lain dari lain, teknik pengambaran yang unik, filem penuh misteri dan lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon filem ini membuatkan Stoker arahan pengarah Korea Park Chan Wook merupakan filem yang harus ditonton.
  • Yang kureng : Ending filem yang anti klimaks sikit. Aku mengharapkan pengakhiran filem yang tak dijangka tetapi dijangka pula, camne tu?
So kalau korang belum tengok lagi cepat-cepatlah ke pawagam sementara filem-filem ini masih ditayangkan. Kalau dah tak tayang lagi tunggu DVD je lah gamaknya! 

Ciao! :)

13 comments:

  1. Stoker jer ku tak tengok lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah baru lengkap semuanya :)

      Delete
    2. hehehe...
      download je lah
      haha

      Delete
    3. Hahaha..tak baik tau download tapi kalau dah terlepas nak buat camne kan? hehehe... :)

      Delete
  2. cite jack 2 mcm best...nnt nk tgok on9 la.... hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kat wayang lah baru best sebab kesan effectsnya puas hati :)

      Delete
  3. wahh...dah gi tgk cerita jack lah....

    mselim3

    pls: belum berkesempatan lagi nak gi tgk cerita nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tengok lagi pun takpe boleh tengoh DVD hahaha... :)

      Delete
  4. thank sbb dh review kn movie2 ni..senang ak x yh pg tgk wayang..haha..jack tu nnt nk cri cd sbb ak minat animation, beautiful creatures mengarut ak anti-twilight, stoker tu mmg kne tgk!..nice review btw..nnt review The Croods ok?..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..aku pun belum pernah review filem animasi lagi mungkin filem Croods filem pertama direview? :)

      Delete
  5. stoker tu genre apa? seram ke? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stoker tu genre romantik komedi.Hahaha...takdelah genre thriller drama aka misteri seram gitu :)

      Delete
  6. JACK :) best citer dia done follow u
    http://ikutsukaakuaje.blogspot.com

    ReplyDelete