Nuffnang Ads

Tuesday 19 March 2013

Warm Bodies aka Zombie Suhu Panas!

Hola! Korang suka tak tengok cerita Zombie? Zombie? Menatang apa tu? Ala...Zombie cam mayat hidup yang selalu jalan slow-slow sambil cakap bunyi Rrrrrrrrr.... Rrrrr....Tak tahu gak? Hmmmmm......

Seram tak Zombie yang aku celop dari Google ni? TQ Google :)

Kalau camni tahu? Seramnya tengok filem Zombie sebab memang scary habis kecuali filem Zombi Kampung Pisang takde seram mana pun zombanye.

Zomba..zomba!! Zombie lah bukan Zomba! Haih!
Tapi filem Zombie yang terbaru di pasaran iaitu Warm Bodies merupakan filem Zombie yang lain dari lain. Lain sebab kali ini zombinya tak takut sangat and dah pandai main cinta gitu. Manusia bercinta dengan Zombie? Boleh ker tidak? Kalau nak tahu tonton lah filem Warm Bodies untuk tahu kisah cinta antara Zombie dengan awek cun.

Zombie pergi tengok wayang. Seram ke tidak tu Fareto?
Secara ringkasnya, filem ini boleh tahan jugalah slownya. Banyak babak cute-cute gitu walaupun dalam situasi seram. Kurang aksi ganas tembak pukul memukul. Tapi aku kira layan lah jugak. Mungkin sebab ianya lari dari konsep filem-filem zombie yang biasa kita tengok. Makeup zombie pun nampak realistik and mood filem ini pun kena dengan genre komedi seram walaupun tak lah lawak sangat sebenarnya.

Rating? 3 dari 5 bintang bagi aku dah cukup. Pergilah tengok kalau korang sukakan filem yang relaks, santai dan slow mo.

Akhir sekali pesanan khidmat nasihat untuk semua....



Ciao! Rrrrrrr.......... :)

25 comments:

  1. tu la
    aku rasa macam nak tgok tapi tak ada masa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak filem best sekarang ni. Rugi kalau tak tengok :)

      Delete
  2. memang teringin sangat nak tengok..tapi haritu pegi wayang takde tayangan warm bodies.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...takpe masih ada masa lagi tu nak tengok :)

      Delete
  3. dgr cite cerita ni tgh ranking skang mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem-Filem macam ni memang Senang nak meletup di pawagam tapi bagus tak bagus lain lak ceritanya :)

      Delete
  4. review pendek je..cam x best sgt je..zombie fever kembali melanda..us xde modal lain ke nk buat movie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala buat review pendek sebab filem pun biasa-biasa je. Macam kita jugak takde modal lain nak buat filem pontianak hantu je :)

      Delete
  5. dah tgk.. aku nie peminat Zombie ..agk kecewa jgkla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro. Sebagai peminat filem Zombie memang akan kecewa sebab tidak seperti yang diharapkan. Tapi yang takut tengok filem Zombie inilah filem sesuai sebab tak takut langsung! :)

      Delete
  6. macam2 jenis cite skrg ni ek..teringin gak nak tengok ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah mula menuju ke pertengahan tahun. Biasanya pertengahan dan hujung tahun paling banyak filem menarik di pawagam :$

      Delete
  7. filem ni zizie target nk tgk.. tapi, slow ke citer nye??? ala~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah sis. Slow tapi takdelah slow sesangat :)

      Delete
  8. emm best ke citer ni??rase mcm nk tgk je...kalau slow maunye tido dlm panggung..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde slow mo sampai tahap tido panggung lagi. Still ok :)

      Delete
  9. da tgk da. best. tapi mcm pelik la ending dia zombie bole jd manusia balik. huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang memang banyak ending filem yang pelik-pelik :)

      Delete
  10. baru tgk last week..memang santai and relax..genre berbeza dari citer2 sebelum niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sesiapa suka filem santai dan relax inilah ceritanya :)

      Delete