Nuffnang Ads

Showing posts with label warm bodies. Show all posts
Showing posts with label warm bodies. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

Warm Bodies aka Zombie Suhu Panas!

Hola! Korang suka tak tengok cerita Zombie? Zombie? Menatang apa tu? Ala...Zombie cam mayat hidup yang selalu jalan slow-slow sambil cakap bunyi Rrrrrrrrr.... Rrrrr....Tak tahu gak? Hmmmmm......

Seram tak Zombie yang aku celop dari Google ni? TQ Google :)

Kalau camni tahu? Seramnya tengok filem Zombie sebab memang scary habis kecuali filem Zombi Kampung Pisang takde seram mana pun zombanye.

Zomba..zomba!! Zombie lah bukan Zomba! Haih!
Tapi filem Zombie yang terbaru di pasaran iaitu Warm Bodies merupakan filem Zombie yang lain dari lain. Lain sebab kali ini zombinya tak takut sangat and dah pandai main cinta gitu. Manusia bercinta dengan Zombie? Boleh ker tidak? Kalau nak tahu tonton lah filem Warm Bodies untuk tahu kisah cinta antara Zombie dengan awek cun.

Zombie pergi tengok wayang. Seram ke tidak tu Fareto?
Secara ringkasnya, filem ini boleh tahan jugalah slownya. Banyak babak cute-cute gitu walaupun dalam situasi seram. Kurang aksi ganas tembak pukul memukul. Tapi aku kira layan lah jugak. Mungkin sebab ianya lari dari konsep filem-filem zombie yang biasa kita tengok. Makeup zombie pun nampak realistik and mood filem ini pun kena dengan genre komedi seram walaupun tak lah lawak sangat sebenarnya.

Rating? 3 dari 5 bintang bagi aku dah cukup. Pergilah tengok kalau korang sukakan filem yang relaks, santai dan slow mo.

Akhir sekali pesanan khidmat nasihat untuk semua....



Ciao! Rrrrrrr.......... :)