Hi semua! Dah lama rasanya aku tak buat review filem, kan? Bukannya sebab jarang tengok movie tapi lately banyak aktiviti luar yang aku buat. Aku ada tengok cerita CZ12 lakonan Jackie Chan dan The Hobbit. Review filem terakhir aku buat adalah Life Of Pi lebih kurang sebulan lepas. Hmmmm....lama gak tu..Agak-agak ada ker orang suka review filem aku?
Semalam aku tengok filem komedi PARENTAL GUIDANCE. Best jugak filem ni. Dah lama tak ketawa banyak macam ni bila tengok movie. Dan dah lama mata aku tak berair sebab tersentuh dengan babak sedih dalam filem ini. Dah lama tak dapat.......korang sambung ayat aku ni boleh tak? :)
Parental Guidance menceritakan tentang konflik diantara 2 generasi berbeza tentang cara untuk mendidik anak. Apa yang aku suka pasal filem ini adalah......blah.....blah.....blah.....blahhh.......malas lak nak tulis panjang-panjang takut orang bosan. Baik aku tukar gaya review kali ini. Simple n short, kan gitu?
Parental Guidance menceritakan tentang konflik diantara 2 generasi berbeza tentang cara untuk mendidik anak. Apa yang aku suka pasal filem ini adalah......blah.....blah.....blah.....blahhh.......malas lak nak tulis panjang-panjang takut orang bosan. Baik aku tukar gaya review kali ini. Simple n short, kan gitu?
- Banyak dialog-dialog kelakar walaupun ada juga joke-joke yang aku sendiri tak dapat
- Banyak nilai-nilai kekeluargaan yang terkandung
- Bagi yang dah berkeluarga korang boleh pilih cara nak asuh anak sama ada cara lama atau cara moden sebab filem ini banyak tunjuk pilihan
- Dapat tengok muka budak comel nama Barker
- Sesuai ditonton seisi keluarga sama ada keluarga sendiri atau keluarga lain
Korang patut elak tengok jika
- If u hate slapstick comedy filem ini tak sesuai sebab ada banyak
- If u hate crying jangan tengok sebab nanti bazir tisu jer
- If u hate laughing sebab takut ada yang pecah perut baik tak payah tengok
So, keseluruhannya aku suka tengok movie ini. Aku bagi 3.5 bintang dari 5. Korang pulak bagaimana? Kalau percaya kat review aku pergi lah tengok. Kalau tak percaya pergi tengok jugak k! Hehehehe... Apa-apa pun aku pasti kawan baik aku Rizal pasti akan jadi orang yang paling gelak kuat dalam panggung kalau tengok movie ni! Ciao! :)
No comments:
Post a Comment