Ok sambung cerita. Kali ini aku nak buat ulasan persembahan artis yang aku tangkap dari kamera Sony NEX F3 aku. Alangkah indahnya kalau aku ada lens telephoto baru boleh tangkap gambar lagi best, tak gitu?
- Misha - Lama tak dengar dia nyanyi. Still mantain suara, still putih ayu, still kaki terangkat.
- Ziana Zain - Tak mau komen banyak-banyak kang kena taruk ngan laki dia. Jangan marah ya abe Armin! :)
- Faizal Tahir - Penuh bertenaga dan efek-efek api masih ada!
Persembahan peserta-peserta AJL 27.
- OMBAK RINDU nyanyian Hafiz , Adira n cameo Aaron Aziz - Aku biar Diyana Halik (bini Aaron Aziz sajaleh komen!)
- PATAH SERIBU ( Shila Amzah ) - Suara lunak merdu. Patutlah dia menang Asian Wave. Antara bagi aku calon vokal terbaik.
- SIMETRI ( Amy Search dan Hazama ) - Persembahan bagi aku macam terlampau berselerak. Rimas lak tengok. Sayang sebab Amy Search artis hebat.
- IDOLA ( Azlan And The Typewriter ) - Power vokal Lan diiringi koir. Tapi malam tu aku harap tak jumpa Lan pas AJL. Takut terkejut tengok mukanya dengan mekap yang scary!
- PELANGI SENJA ( Stacy ) - Betul bapak aku cakap Stacy makin tembam dan berisi! Maybe sebab asyik layan lagu balada jer. Dah kurang lagu-lagu rancak kot!
- LAGU ( Bedroom Sanctuary ) - Simple saja. Sesuai dengan lagu yang catchy.
- TANPAMU ( Amir Jahari ) - Kreatif bila part dia jadi sebahagian dari potret gambar. Rupa-rupanya inilah lagu yang aku tercari-cari selama ini dalam filem Istanbul Aku Datang!
- TEMAN PENGGANTI nyanyian BlacK dan RJ - Antara persembahan paling aku suka malam tu. Simple but WOW! Memang terasa bila dengar Black nyanyi. Deserved for me to win Best Perfomance that nite!
- TERUKIR DI BINTANG nyanyian Aizat - Memang sesuai bawa lagu Yuna. Aku suka persembahan ini sebab berlatar belakangkan gambar-gambar menarik dari kota Paris. Menurut Aizat dari temubual Malaysia Hari Ini (MHI), dia minum kopi semasa persembahan untuk menghilangkan stress.
- KU AKUI ( Hafiz ) - Lagu ini memang patut menang vokal sebab suara Hafiz jelas dan merdu. Hafiz juga semasa temubual MHI bagitau dia still amik kelas vokal walaupun dah popular.
- ANDAI KU BERCINTA LAGI ( Mojo ) - Suara Aweera tinggi tapi belum selunak Black, Lan dan Amy Search! By the way sapa gadis bergaun putih tu? Nampak cam menarik! :)
- ANAK KAMPUNG (Jimmy Palikat and One Nation Emcee) - Lagu rancak dan penuh nilai-nilai ke-Malaysiaan! Gabungan moden dan tradisional. Dah ala-ala persembahan Noraniza Idris pulak. Meriah! Tapi sayang bila terlampau banyak orang atas pentas fokus terhadap penyanyi terlindung.
Segmen Rock Never Dies!
- Persembahan paling aku suka malam itu! Kalau korang kat stadium korang boleh dengar betapa meriah dengan sorakan dan nyanyian beramai-ramai penonton. Aku sendiri pun layan nyanyi apatah lagi semua lagu-lagu dinyanyikan adalah lagu-lagu wajib karaoke aku! Salute to Papa Rock Ramli Sarip. Masih maintain vokal power walaupun dah berumur. Suara sebijik jelas cam dalam radio! Papa you rock!
( Ini video aku tangkap dari kamera aku )
- Petikan gitar oleh Man Kidalmemang hebat! Begitu juga Rudy Kristal dan Zainal Zulia. Eh! Silap! Sorry saja promote member. Tapi seriously member aku Zainal Zulia memang hebat main gitar. Korang boleh check website dia http://sajakiri.com/. Sekali lagi promote member! :)
Secara keseluruhannya aku enjoy sangat tengok AJL secara live. Semua artis memberikan persembahan yang menarik dan tidak mengecewakan malam itu. Aku tak sangka Terukir Di Bintang menang. Aku budget lagu Ombak Rindu. Tapi dari pemerhatian aku, selalunya juara-juara AJL adalah daripada lagu-lagu ciptaan komposer yang terkenal dan biasa beraksi di pentas AJL. Tak percaya tengok yang menang Yuna, Audi Mok dan Ajai. Tapi itu sekadar pendapat aku. Bagi yang belum merasa tengok live aku rekemenkan korang pergi jika berkesempatan. Memang tak rugi!
Hopefully tahun depan dapat tengok dari kerusi VIP lak yaa......sapa tahu kan! Ciao! :)
Mak ai. Nama wa ada hehe. Nice review. Thank u bro.
ReplyDeleteNo problem bro. Bila tengok semua gitaris-gitaris tu perform aku teringat kat kau bila main gitar! Lu memang gempak bro!
Deletesatu analisi yg tepat lagi padat! Bravo, bro!
ReplyDeleteTerima kasih Abg Zuki. Saya akan sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk reader-reader blog ini! :)
Deletegempak!meletop!..
ReplyDeleteMemang gempak dan meletops! Antara AJL terbaik!
DeleteBest tgok AJL smpai lewat tidur. Hohoho last2 ngantuk kat kelas. Kihkihkih !
ReplyDeleteP/S: Yui follow blog nie !
P/P/S: Yg time persembahan lagu Mojo tu Marsha (pakai gaun putih)... Hehe
Thanks Yui sebab sudi follow blog ni. Marsha ker? Patut macam muka kenal! Anyway thanks or the info :)
Deletepaling suka black & rj , aizat . simple tapi ada style ah dorang ! sempoi gilaa ;D
ReplyDeleteBetul! Simple is the best. Tak lebih-lebih and over do :)
Deletechot suka ngn aizat..nmpk kacak dengan gaya yg mcm tu..plus persmbhn dia pun best..:)
ReplyDeleteMacam ni saya pun nak simpan misai nampak kacak hahaha..... Apa2 pun persembahan Aizat simple to best! :)
DeleteBoleh sy minta pic tiru gaya artis yg megat ambil ?yng zaitun sameon...klau bolh ni email sy luqmanbinkhalid@yahoo.com tq megat..
ReplyDeleteSaya dah email kan gambar itu. Eh! Bukan awak ker yang tiru gaya zaiton Sameon tu? Cayalah chekgu! Memang terbaik patut menang! :)
Delete