Nuffnang Ads

Showing posts with label anugerah juara lagu. Show all posts
Showing posts with label anugerah juara lagu. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

Live AJL dari pandangan mataku! ( Part 2 )

Ok sambung cerita. Kali ini aku nak buat ulasan persembahan artis yang aku tangkap dari kamera Sony NEX F3 aku. Alangkah indahnya kalau aku ada lens telephoto baru boleh tangkap gambar lagi best, tak gitu?


Opening act by Misha Omar, Ziana Zain dan Faizal Tahir. 
  • Misha - Lama tak dengar dia nyanyi. Still mantain suara, still putih ayu, still kaki terangkat.
  • Ziana Zain - Tak mau komen banyak-banyak kang kena taruk ngan laki dia. Jangan marah ya abe Armin! :)
  • Faizal Tahir - Penuh bertenaga dan efek-efek api masih ada!
Persembahan peserta-peserta AJL 27.

  • OMBAK RINDU nyanyian Hafiz , Adira n cameo Aaron Aziz - Aku biar Diyana Halik (bini Aaron Aziz sajaleh komen!)
  • PATAH SERIBU ( Shila Amzah ) - Suara lunak merdu. Patutlah dia menang Asian Wave. Antara bagi aku calon vokal terbaik.







  • SIMETRI ( Amy Search dan Hazama ) - Persembahan bagi aku macam terlampau berselerak. Rimas lak tengok. Sayang sebab Amy Search artis hebat.
  • IDOLA ( Azlan And The Typewriter ) - Power vokal Lan diiringi koir. Tapi malam tu aku harap tak jumpa Lan pas AJL. Takut terkejut tengok mukanya dengan mekap yang scary!





  • PELANGI SENJA ( Stacy ) - Betul bapak aku cakap Stacy makin tembam dan berisi! Maybe sebab asyik layan lagu balada jer. Dah kurang lagu-lagu rancak kot!
  • LAGU ( Bedroom Sanctuary ) - Simple saja. Sesuai dengan lagu yang catchy








  • TANPAMU ( Amir Jahari ) - Kreatif bila part dia jadi sebahagian dari potret gambar. Rupa-rupanya inilah lagu yang aku tercari-cari selama ini dalam filem Istanbul Aku Datang! 
  • TEMAN PENGGANTI nyanyian BlacK dan RJ - Antara persembahan paling aku suka malam tu. Simple but WOW! Memang terasa bila dengar Black nyanyi. Deserved for me to win Best Perfomance that nite!




  • TERUKIR DI BINTANG nyanyian Aizat - Memang sesuai bawa lagu Yuna. Aku suka persembahan ini sebab berlatar belakangkan gambar-gambar menarik dari kota Paris. Menurut Aizat dari temubual Malaysia Hari Ini (MHI), dia minum kopi semasa persembahan untuk menghilangkan stress.
  • KU AKUI ( Hafiz ) - Lagu ini memang patut menang vokal sebab suara Hafiz jelas dan merdu. Hafiz juga semasa temubual MHI bagitau dia still amik kelas vokal walaupun dah popular.



  • ANDAI KU BERCINTA LAGI ( Mojo ) - Suara Aweera tinggi tapi belum selunak Black, Lan dan Amy Search! By the way sapa gadis bergaun putih tu? Nampak cam menarik! :)
  • ANAK KAMPUNG (Jimmy Palikat and One Nation Emcee) - Lagu rancak dan penuh nilai-nilai ke-Malaysiaan! Gabungan moden dan tradisional. Dah ala-ala persembahan Noraniza Idris pulak. Meriah! Tapi sayang bila terlampau banyak orang atas pentas fokus terhadap penyanyi terlindung. 
Segmen Rock Never Dies!
  • Persembahan paling aku suka malam itu! Kalau korang kat stadium korang boleh dengar betapa meriah dengan sorakan dan nyanyian beramai-ramai penonton. Aku sendiri pun layan nyanyi apatah lagi semua lagu-lagu dinyanyikan adalah lagu-lagu wajib karaoke aku! Salute to Papa Rock Ramli Sarip. Masih maintain vokal power walaupun dah berumur. Suara sebijik jelas cam dalam radio! Papa you rock!
( Ini video aku tangkap dari kamera aku )

  • Petikan gitar oleh  Man Kidalmemang hebat! Begitu juga Rudy Kristal dan Zainal Zulia. Eh! Silap! Sorry saja promote member. Tapi seriously member aku Zainal Zulia memang hebat main gitar. Korang boleh check website dia http://sajakiri.com/. Sekali lagi promote member! :)

Secara keseluruhannya aku enjoy sangat tengok AJL secara live. Semua artis memberikan persembahan yang menarik dan tidak mengecewakan malam itu. Aku tak sangka Terukir Di Bintang menang. Aku budget lagu Ombak Rindu. Tapi dari pemerhatian aku, selalunya juara-juara AJL adalah daripada lagu-lagu ciptaan komposer yang terkenal dan biasa beraksi di pentas AJL. Tak percaya tengok yang menang Yuna, Audi Mok dan Ajai. Tapi itu sekadar pendapat aku. Bagi yang belum merasa tengok live aku rekemenkan korang pergi jika berkesempatan. Memang tak rugi! 

Hopefully tahun depan dapat tengok dari kerusi VIP lak yaa......sapa tahu kan! Ciao! :)


Monday, 7 January 2013

Live AJL dari pandangan mataku!


Hi semua. Semalam aku aku telah pergi ke Stadium Putra, Bukit Jalil untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL). Seperti semua tahu lagu Terukir Di Bintang ciptaan Yuna nyanyian Aizat telah berjaya menjadi juara. Ok aku tak mahu cerita dengan lebih lanjut siapa juara vokal, persembahan terbaik and so on sebab semua dah tahu n tengok kat tv, tak gitu? Apa aku nak cerita pengalaman sulong aku menonton AJL secara life di stadium. Khas buat reader KakiTanganMata :)



Terima kasih diucapkan pada abang Salleh @ Yob Kidal sebab bagi tiket. Aku tak rancang pun nak tengok AJL. Paling best aku tak taw pun semalam AJL. Itupun setelah abang driver smartcab aku bagitau.
Malam ni mesti jem kan Megat? " 
" Sebab apa bang? "
" Sebab AJL. Abg pun sebenarnya tak tahu kawan abg yang cakap "
Pulak doh. Leh camtu? 
So dipendekkan cerita aku balik rumah dengan muka letih, ngantuk baru nak lentok bapa aku call cakap " Ito nak tengok AJL tak? Abah ada 3 tiket free tapi kena masuk sebelum kul 8 malam " Aku pun yang tengah mamai terus jawab boleh! Tanpa banyak soal. Pastu aku mandi bersiap...aik! takkan semua tu nak ceritakan? Kang boring lak reader-reader aku! Jadi kita skip!
Sampai stadium, aku tengok line panjang. Aku dapat tiket duduk aras 4 paling atas. Hopefully tahun depan abang Yob Kidal bagi tiket VIP erk? Ceh! tak reti nak bersyukur ker apa aku ni? Orang dah bagi amik jer lah kan hehehe.....


Tempat duduk aku dekat ngan pentas. Cuba tengok dekat kan? Memang dekat cuma tinggi jer. Masa baru masuk dapat tengok ramai manusia gerak sana sini kiranya nak settlekan few things sebelum ke udara. Kita semua dalam stadium disajikan dengan tontonan klip lagu-lagu dari juara-juara AJL lepas. Aku macam biasalah bila part Datuk Siti nyanyi yang cair tu. Muka Siti muda remaja bila nyanyi lagu Jerat Percintaan. Ni yang buat teringat balik kenangan aku ngan Siti. Kenapa aku tangkap cintan dengan Siti! hehehe.....
Selepas itu kami disajikan dengan klip Do and Dont`s dalam stadium seperti jangan pakai phone, no flash photography dan lain-lain. Klip yang ditayangkan juga agak lucu dan disampaikan dengan baik oleh......2 orang jejaka yang hensem (nama tak ingat). Pada waktu yang sama boleh lihat seorang wanita yang tidak dikenali atas pentas tengah dipersiapkan sebelum AJL keudara. Setelah live baru aku tahu rupa-rupanya Misha Omar! Sorry mata rabun tak nampak!


Apa yang best dapat tengok live... 
  • dapat tengok kerja belakang tabir. Kat sini nampaklah orang tengah kelam kabut angkat pentas, set up prop sementara korang kat rumah masa commercial break tengah ngumpat! Opppsss!
  • dapat usha awek kiri kanan hahaha (mampus aku kena dengan awek aku bila dia baca statement ni! )
  • nyanyian jelas lagi sedap dari TV dan sound system lagi best unless korang ada TV HD n stereo yang gempak. Aku TV lama jer tu yang tak best!
  • Orang kat rumah diselitkan dengan iklan kami di stadium diselitkan dengan klip peserta-peserta pertandingan tiru gaya artis. Aku paling suka seorang peserta ala-ala hadek-hadek yang tiru gaya nyanyian Zaiton binti Sameon Menaruh Harapan. Memang sebijik sama tapi tak serupa! Cayalah! Korang kalau nak tengok lagi aksi-aksi menarik peserta lain boleh klik di link ini ( Tiru Gaya Artis 2013 )
  • dan dapat usha awek depan belakang hahaha ( sekali lagi mesti aku kena! )

Yang tak best....
  • Aku lak diusha ( ada ker ) mentang-mentang aku tak pakai cam diva, kan?
  • Banyak pantang larang yang harus diikuti dalam stadium. Kalau kat rumah sendiri bikin apa pun orang tak kisah. 
  • Terpaksa bersesak-sesak masa nak masuk stadium. Dah pakai baju mahal-mahal semua tapi sebab dah bersesak ketiak jadi peluh n bau!
  • Kalau bawak awek, awek kita lak kena usha! Hohoho!
Ada lagi aku nak cerita tapi nanti aku sambung k. Nantikan part 2 pulak dengan ulasan yang lagi merapu. Tunggu...... :)