Nuffnang Ads

Tuesday 22 January 2013

Maybank Malaysia Open Badminton 2013

Hi. Apa khabar semua? Ada sihat ka? Aku? Alhamdulillah sihat sejahtera. Sorry lambat sikit update entri baru. Tapi jangan risau. Senyap-senyap aku sebenarnya banyak pengalaman untuk dikongsi bersama. Kisah aku kat Los Angeles pun belum habis lagi. Aku akan cuba update satu persatu walaupun lambat sikit. Yang penting aku nak hasilkan entri yang berkualiti dan bukan setakat kuantiti khas untuk readers KakiTanganMata. :)

Orait. Hari itu aku telah pergi ke Stadium Putra, Bukit Jalil untuk menyaksikan jaguh badminton negara   Dato Lee Chong Wei ( DLCW ) memenangi kejuaraan Maybank Malaysia Open Superseries 2013 buat rekod 9 kali. Syabas pada DLCW! Walaupun baru pas kawin tapi still power! Dan tahniah juga DLCW kerana bakal menanti kelahiran anak sulungnya.  



Namun begitu agak sayang sekali sebab beregu campuran  kita Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pasangan Denmark ini....

Ok yang baju biru tu bukan pasangan dia. Jangan lak salah anggap mak straight k!
Yes! Ini baru betul. Beregu Denmark Joachim Fisher dan Christinna Pedersen.
Kebetulan ketika survey baju-baju dan peralatan badminton di sana aku terserempak dengan Joachim Fisher. Apa lagi terus aku pun bergambar dengan bintang Denmark ini. Nak bergambar dengan DLCW tak dapat so ini pun kira ok lah kan?

Disini terdapat pelbagai jenis baju-baju dan peralatan badminton berkualiti tinggi yang dijual dengan harga murah. Memang selalunya peminat-peminat badminton tidak akan melepaskan peluang untuk memborong habis semua barang kat sini. Seriously cakap memang murah. Aku lak sebab duit dah banyak habis shoppping kat Los Angeles maka budget nak beli peralatan badminton memang tidak masuk dalam senarai. Takpe aku pun jarang main badminton jadi oklah tak rasa kempunan sangat. Antara barang yang hot macam pisang goreng panas waktu itu adalah baju badminton yang di autograph oleh DLCW. Aku sebenarnya nak beli tapi sayang size takde n kaler hitam yang aku suka dah habis. Jadi aku pun tak beli ( ala alasan duit takde )


Selain itu banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang berlaku di dalam dan luar stadium. Antaranya....

Battle of the band

Aku sempat tengok band ini je. Boleh tahan lah jugak budak-budak ni jamming.
Maybank Charity


Korang hanya perlu derma RM 2 dan selepas itu boleh main game "Lend your helping hand with a smash". Senang jer game ini. Hanya perlu pukul bulu tangkis sekuat mungkin ke dalam kotak biru di depan anda. Siapa yang paling kuat pukul akan menang ipad mini.


Senang kau kata? Padan muka aku sendiri sebab cakap senang.  Satu pun tak kena!  Kena bantai gelak dengan adik baju kuning kat belakang adalah! Haih !

Lucky Draw


 " Hah! Yang ini senang sebab just isi borang, 
Tapi nak menang yang payah sebab ramai orang, 
Dia kata pemenang akan dihubungi melalui seseorang, 
Sampai sekarang tak kena call lagi apa barang? "

Cewahh! Berpantun jap aku. Balas jangan tak balas! Hehehehe!  

Selain itu semua penonton juga akan dapat kipas tangan tajaan Maybank dan juga...apa erk benda biru  ni....Ish! Tak tahu lak aku apa orang panggil. Any idea? Anyone?


Aksi-aksi aku bermain dengan ' benda yang aku tak tahu namanya '
Kalau kat dalam stadium tadi aku bergambar dengan jaguh badminton Denmark kat luar stadium lak aku bergambar dengan Tok Moh. Siapa Tok Moh? Tok Moh korang tak kenal? Biar betul! Kalau korang nak tahu ini lah Tok Moh...


Kenal tak? Tak kenal takpe biar aku perkenalkan. Tok Moh merupakan peminat sukan tahap susah kipas mati ( die hard fan ) di Malaysia. Korang cakap lah game bola, badminton, hoki, squash, silambam   semua dia pergi! Oklah yang sukan Silambam tu aku saja tambah ker memang Tok Moh ada gi gak? Sejak 1987 dia dah terkenal dengan pakaian uniknya dan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan. Selain itu Tok Moh juga seorang yang baik hati dan peramah. Tok Moh siap bagi tiket free lagi pada mereka-mereka yang tak ada tiket. Cayalah Tok Moh! Your the man

Tentang perlawanan antara DLCW dengan Sony Dwi Kuncoro baik aku tak yah cerita banyak. Senang sangat DLCW menang. Memang takde fight langsung. Boring lah jugak game tapi yang penting DLCW menang. Korang enjoy sajelah gambar-gambar yang aku tangkap dari kamera aku ni. Kali ni ok sikit kualiti sebab aku ada pakai telephoto lens








Itu lah pengalaman aku di sana. Bagi yang tak pernah pergi stadium tengok badminton sekali-sekala pergilah memberi sokongan kepada atlet-atlet kita. Tengok badminton walaupun tak semeriah tengok bola tapi at least duduk dalam aircond dan tak berpeluh. Asap-asap rokok pun takde kacau. Jadi kira oklah sangat bagi yang tak merokok macam aku. Yang merokok macam bapak aku kena rajin-rajin lah ulang-alik keluar ya.

Pasni aku nak update pasal apa lak ya? Hmmmmm...

Husin....
Mon....
Jin pakai toncit?
Biar betul! 

Ciao! :)



4 comments:

  1. tahniah kpd DLCW. i x ada kesempatan nak ke stadium..mesti terasa kemeriahannya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Abe. Next time kita gi tengok sekali. Lagi ramai lagi meriah! :)

      Delete