Nuffnang Ads

Friday 25 January 2013

Hansel and Gratel. Pemburu syaitan?


Hi. Korang pernah tak dengar kisah dongeng Hansel and Gratel dimana dua orang adik beradik telah terjumpa sebuah rumah yang dibuat dari gula-gula ditengah hutan akibat ditinggalkan oleh bapa mereka? Selepas itu mereka telah berjaya menewaskan ahli sihir jahat yang ingin makan mereka di rumah gula-gula itu? Akhir cerita dongeng itu mereka pulang membawa harta karun yang banyak dan hidup aman bahagia. Pernah dengar kan?

Tapi filem Hansel and Gratel ( H n G ) berlainan pula pengakhirannya. Selepas Hansel dan Gratel terselamat mereka telah bertukar menjadi pemburu ahli sihir jahat  terkenal ! Wah! Ini nampak menarik! Lain dari lain!


Apa yang aku suka filem ini....

Penuh dengan aksi-aksi lasak. Banyak babak pertarungan yang ganas, penuh pertumpahan darah dan kepala putus yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun jangan risau filem ini di klasifikasikan sebagai rating 18 keatas.

Mahkluk berbadan dua? Mari aku ajar kau!
Apa susah bebenor nak mati ni? Gratel kau bagi 'kick' sikit!
Dapat tengok Gemma Arterton yang cantik dan seksi sebagai Gratel. Aku mula terpikat dengan lakonan actress berbangsa British ini apabila pertama kali melihatnya berlakon dalam filem Clash of the Titan sebagai Io. Antara filem lain lakonannya adalah Prince of Persia dan Quantum of Solace. Tengok Gemma kurang rasa ngantuk tengok filem ini! Selain itu dapat juga tengok pelakon hot Famke Janssen ( GoldenEyeX-Men ) yang berlakon sebagai Muriel yakni ketua ahli sihir jahat.


Ayu tak saya?
Kalau tak cakap aku cantik aku tembak!
Ada nampak budak ini tak?
Sebab aku nak makan budok! 

Apa yang aku kureng suka...

Plot yang terlampau ringkas dan lemah. Terlampau banyak aksi dan menumpukan terhadap special effects tapi kurang terhadap perkembangan kualiti jalan cerita filem. Agak sayang sekali permulaan filem dah best tapi selepas itu makin lama dah boleh dijangka dan bosan. Termenguaplah aku kejap!  ( kejap ker? Bukan banyak? ) Selain itu mutu lakonan yang tahap biasa-biasa saja. Seperti aku katakan apabila terlampau menumpukan terhadap kesan-kesan khas lakonan perlakon juga jadi hambar. 

Best ker tidak skrip ni? Cuba tengok.
Secara keseluruhannya aku agak hampa sikit sebab bila tengok trailer cam best je tapi sebenarnya hanya suam-suam kuku bestnya. Di zaman yang serba canggih ini masih terdapat banyak filem-filem yang sama genre seperti H n G yang jauh lagi berkualiti dan menghiburkan. Aku hanya mampu nak bagi rating 2 setengah sahaja dari 5 bintang. Filem ini bagi aku hanya sesuai layan DVD atau Astro kat rumah sambil makan kacang dan kuaci. Tapi aku tak tengok versi 3D tapi berdasarkan pemerhatian aku maybe menarik sikit dengan banyak special effectsnya. 

Anyway itu hanya pendapat aku untuk dikongsi bersama. Yang penting just enjoy the movie kCiao! :)

P/s :  Thanks to Google Image atas koleksi-koleksi gambar dalam blog ini!

Jom layan trailer

17 comments:

  1. ni mcm best je nih.cantik2 hntu die pon kan.haha

    ReplyDelete
  2. Ok layan jugak lah movie ni :)

    ReplyDelete
  3. mcm best..tp xnk la g tgk klu menguap byk kali..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sebelum tengok movie dah terlebih tido pasti tidak menguap! :)

      Delete
  4. gambar & caption best! funny!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best n funny ker? Nanti I akan cuba buat yang lebih terbaik khas buat u seorang :)

      Delete
  5. camne hantu leh jd cntk ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal chekgu. Kalau hantu cantik semua org pun tak takut! :)

      Delete
  6. mashaALLAh, apakah ni~~ kikikiki. semua nak tengok hantu canntikkkk zaman sekarang ni yekkk hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...lumrah manusia suka tgk yang cantik-cantik, betul tak? :)

      Delete
    2. ahahah betoiiii betoiiiii tu megattttttt!

      Delete
  7. citer terlalu fokus kepada special effect..mmg x mencbr minda langsung..just play with the eye..kita memerlukan movie yang bermain dgn otak..btol tak??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro. Zaman sekarang semua yang menonton wayang dah pandai menilai. Semua mau filem yang berkualiti baik dari segi jalan cerita n special effectsnya! :)

      Delete
  8. apa kata ko buat sinopsis cite by still picture and bubble talk dorng menceritakan cerita tesebut..so aku dpt fhm plot die..:)..ko pnye caption kt image tu lawak2 and best..

    ReplyDelete
  9. Thanks bro for the suggestion! Satu idea yang sangat baik! Akan Cuba try nanti :)

    ReplyDelete