Nuffnang Ads

Friday 18 January 2013

Final Maharaja Lawak Mega 2012

Salam semua. Semalam berakhir final Maharaja Lawak Mega 2012 ( MLM12 ). Sepertimana yang semua maklum kumpulan Jozan telah berjaya menjadi juara. Kalau Anugerah Juara Lagu ( AJL ) hari tu aku dapat tengok live kat stadium, MLM12 kali ini aku hanya mampu tonton dari laptop aku secara ala-ala streaming gitu. Bukan live streaming tapi lebih kurang cam update terkini. Thanks to Facebook GuaTv Dot Com dan Youtube kerana berjaya buat aku tak miss final. Terima kasih juga kepada hotel Narita Tobu Japan sebab bagi aku wifi laju. So takdelah aku suffer buffering bila tengok video :)

Kali ini aku nak buat analisis pasal semua peserta final. Hari tu dah buat komen AJL so sekarang buat MLM lak.

JOZAN 
( Juara dengan undi 22.9% )

  • OVERALL - Persembahan yang seperti biasa amat menghiburkan. Bagi aku kekuatan Jozan adalah chemistry antara Johan dan Zizan. Kalau Johan takde malam itu kemungkinan susah juga nak menang sebab saingan yang sengit dari kumpulan lain. Bukan aku tak suka kalau Zizan solo tapi bila mereka berdua ternyata mereka lagi hebat!
  • PERSEMBAHAN PERTAMA - Kemasukan Johan secara mengejut berjaya mengamatkan stadium. Aku juga tak sangka Johan akan muncul. Jozan dah tahu karekter Ustaz Azhar Idrus dan Awie merupakan karekter yang paling popular dimainkan oleh mereka sepanjang MLM ini so percaturan ini menjadi. PUNCHLINE LAWAK ( "Lu Sapa Bai? Batman Superman?", "Tak pernah-pernah orang kacau program aku tiba-tiba datang berjubah pulak" , "Dah lama tak pukul orang berjanggut ni" )
  • PERSEMBAHAN KEDUA - Versaliti Johan terselah apabila mencuit hati kita dengan gaya nyanyian Najwa Latif versi Tamil dan Siti Nurhaliza versi Cina. PUNCLINE LAWAK ( "Nama saya Mohd Supper bin Breakfast", "Bunyi apakah...mana gelas tadi eh", "Clue dia KOM! KOM! KOM!" )
SHIRO 
( Ketiga dengan undi 19.1% )

  • KESELURUHAN - Seperti kata Najib Ali, Shiro merupakan the most improved group. Mengunakan kekuatan sokongan padu penonton stadium since mereka asal Johor. Kalau nak berlaku kejutan, Shiro yang aku rasa boleh.
  • FIRST - Gaya Nasir Bilal Khan menjadi. Aku suka part bila patung terjatuh secara tiba-tiba dan Shiro terus melakukan aksi spontan yang kelakar. PUNCHLINE LAWAK "Alhamdulillah....", "Alamak Makcik! Kening Punya Main Lebat Macam Elfira Loy"
  • SECOND - Aku suka part terakhir dimana Shiro berjoget. Gamat satu stadium dibuatnya. PUNCHLINE LAWAK ( "Kenapa tak salam dua-dua? Kan dua-dua milik abang?", "Yang meninggal mak, baju tak meninggal lagi" )
BOBOI
( Keempat dengan undi 18.8% )

  • OVERALL - Bagi aku persembahan Boboi adalah terbaik malam itu. Banyak punchline kelakar dan tidak over seperti selalu. Sayang mereka lambat sedar dari tido. Kekuatan Boboi adalah lawak mereka penuh dengan mesej bermakna.
  • PERSEMBAHAN PERTAMA - Listen,listen,listen! Boboi berjaya mengunakan topik semasa dengan berkesan. Lawak ala-ala opera cina amat mencuit hati. PUNCH LINE LAWAK ( "Ada beza antara tua dengan sangat tua", "Papa..sebuah lukisan", "Limote, Limote" )
  • PERSEMBAHAN KEDUA - Persembahan yang paling aku enjoy. Boboi berjaya membawa gaya artis-artis dengan kelakar. PUNCHLINE KELAKAR ( "Yuna! Dah lama aku lari tak kurus-kurus pun!", "Kak Yuna cakap lagu dia ni untuk penonton Malaysia..orang Afrika tak tengok" )
JAMBU 
( Naib Juara dengan undi 21% )

  • KESELURUHAN - Jambu malam itu ok tapi kita pernah tengok yang lagi baik dari persembahan final. Kekuatan mereka....belum cakap orang tengok mereka berdua dah gelak, camne tu?
  • FIRST - Ok tapi kadang-kala terlampau merapu. PUNCHLINE LAWAK ( "Shadap!...Shadap!", "Maafkan saya ya?" )
  • SECOND - Agak mengecewakan bagi peminat Jambu macam aku. Bukan kata tak bagus tapi punchline amat kurang. Terlampau fokus terhadap nyanyian. PUNCHLINE LAWAK ( "Shah! Kau jangan nak masuk campur dalam rumahtangga aku!", "Kata omak den, kata ayah den, kata iron maiden" )
SAYWHO 
( Kelima dengan undi 18.3% )

  • OVERALL - Untuk musim kedua ini Saywho lebih berjaya mencuri hati penonton Malaysia dengan lawak-lawak yang lebih bersifat KeMalaysiaan. Saywho juga berjaya menyelitkan isu-isu semasa tanahair. 
  • FIRST - Tak disangka Saywho berjaya memberi persembahan yang baik. Berjaya menyelitkan banyak punchline-punchline yang kelakar. PUNCHLINE KELAKAR ( "Adui bapak ni kecil-kecil tapi nafsunya besar ya?", "Sejak itu saya berhenti. Berhenti merokok? Berhenti baca magazine!" )
  • PERSEMBAHAN KEDUA - Berbanding dengan persembahan pertama, kali ini kurang punch linenya. Persembahan yang paling kureng malam itu. PUNCHLINE KELAKAR ( Tiada bagiku )
Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan final malam tadi. Bergelak sakan lah aku sorang-sorang kat bilik sambil makan biskut Tiger. Aku harap korang suka dengan review aku. Happy weekends everyone! Ciao! :)

P/S : Untuk video final MLM2012 boleh click link ini http://www.guatv.com/

3 comments:

  1. Assalamualaikum :)
    JOm Segmen yang lebih Gempak abad nih :)

    Sambil tuh ,follow sekali yek :)

    http://fiqzmilkshake.blogspot.com/2013/01/worniojowo-giveaway-by-wanynaziar.html

    ReplyDelete
  2. xdapat tgk pun final die..baca entry ni pun ok jgk..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkongsi adalah amalan yang digalakkan terutamanya berkongsi ilmu. Sama-sama :)

      Delete