Nuffnang Ads

Friday 18 January 2013

Hilton Los Angeles

Hola! Kali ini aku nak buat review pasal bilik hotel yang aku tido. Selain review filem, ada baik juga aku buat review pasal bilik hotel yang aku menginap. Manalah tahu kalau satu hari nanti korang gi jalan-jalan dan terasa nak tido kat hotel yang aku tido korang boleh budget camne rasanya kan? Tapi aku buat review bilik jer sebab kemudahan-kemudahan hotel lain aku tak pakai. Kalau aku pakai aku bagitau, ok? :)

Selama 3 malam di Los Angeles, California, aku telah menginap di hotel Hilton Los Angeles Airport . Hotel ini jauh dari pusat bandar. Tapi jangan risau sebab walaupun dekat dengan airport still terdapat banyak shopping mall yang berdekatan. Antaranya Westfield Culver City, Manhattan Village serta jauh sikit tetapi berbaloi iaitu Del Amo. Tempat menarik lain adalah seperti Manhattan Beach California di mana korang boleh mandi laut dan sightseeing.


Bilik aku adalah besar seperti ini....



Sorry ya bilik berselerak dengan barang shopping. Al maklumlah 3 hari kat sini takkan tak shopping ya? Bujang lagi tu. So macam ni lah keadaannya.


Saluran TV kat bilik best. Korang boleh pilih filem-filem terkini malah yang terbaru di pawagam yang boleh ditonton dari rating klasifikasi U juga kepada klasifikasi 18Sxxxxxxxxx. Banyak sangat X tu. Aku suggest jangan tengok! Bahaya! Hehehe....Free ker movie semua? Astro pun kena bayar begitu juga yang ini. Tapi jangan khuatir masih terdapat berpuluh-puluh saluran tv awam yang boleh ditonton secara percuma.


Kalau dahaga boleh bancuh kopi sendiri sebab ada coffee maker. Tapi sayang bilik takde water boiler n fridge. Jadi kalau nak simpan lauk pauk memang tak dapat nak tolong! Nak masak maggie trylah pakai coffee maker tu kalau berani.


Ini lak aku tengah buat "percikan air dari lensaku di bilik airku". Perghh! Ayat! Mengalahkan sasterawan. Kecik jer bilik air dia tapi tak sekecil bilik air di Jepun!


Bang..itu bukan katil bang.Itu bathtub! Bukan tempat tido tapi tempat berendam dan mengelamun. Tolong sikit ya. Reader tengok ni.


Aaaaaaaa....!!!!! Ini baru betul! Tempat aku beradu dan buat peta dunia. Tilam begitu empuk gerenti akan buat korang tido lena cam aku. Kalau tido kat katil ni tak lebih dari 10 jam memang tak sah namanya.

So apa pendapat korang tentang review bilik aku ni? Biasanya kalau orang buat review mesti tunjuk bilik kemas bersih kan? Tapi aku jangan harap! Aku nak tunjukkan dari sudut pandangan aku, ok lah kan? Hohoho.... Ciao! :)

8 comments:

  1. org bujang pn shopping kemain lg yer..
    tp yg plg best..katil tu la

    ReplyDelete
  2. Org bujang lagi gila shopping habiskan duit hehehe...Yup! Katil memang terbaik! :)

    ReplyDelete
  3. Wow! Harley Davidson fan gak ke? Best shopping brg2 HD kat sana?

    ReplyDelete
  4. seleraknye orang bujang... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.... Dah bujang katanya kan :)

      Delete