Nuffnang Ads

Thursday, 3 January 2013

Time Out!


Salam 2013 semua! Aku berharap agar semua pembaca setia KakiTanganMata berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bagi yang baru melawat blog ini jemput-jemput baca entri aku dan aku berharap korang enjoy baca blog ini.

Hari ini aku nak bagitahu korang semua bahawa pada bulan Mac 2013 nanti akan diadakan satu pengambaran  program realiti TV baru berbahasa Inggeris  yang dinamakan TIME OUT. Program ini terbuka kepada semua remaja Malaysia berumur dari 18-23 tahun yang fasih berbahasa Inggeris. Hmmm...Aku Inggeris boleh....23....haih! terlebih umur sudah! :)

Apa yang menarik tentang TIME OUT adalah ianya bakal mengandingkan artis-artis atau celebriti tempatan dengan peserta-peserta lain. Kiranya sesiapa yang menyertai program ini mereka beruntung kerana dapat bekerjasama sebagai satu kumpulan dengan artis-artis terpilih tanahair. Celebriti-celebriti ini juga berumur antara 18-23 tahun jadi bagi yang berharap dapat bergandingan dengan artis seperti Datuk Siti atau Lisa Surihani ker terus terang cakap itu semua takkan berlaku! (sebenarnya aku yang nak tuh!)

Dengar cerita antara artis-artis yang bakal dilamar oleh pihak produksi antaranya adalah Stacy, Erin Malek, Adira AF dan Wawa Zainal. Ini semua masih dalam proses perbincangan. So kalau artis-artis yang aku sebut tak ada dalam program ini nanti jangan salahkan aku pulak! Blogger favourite aku Rayyan Haries Si Traveler Comel! juga khabarnya berminat nak join TIME OUT sebagai peserta. Hopefully Rayyan dapat join sebab dia merupakan antara blogger yang ceria, friendly dan penuh informasi. Peserta-peserta macam ini yang diperlukan untuk memeriahkan TIME OUT!

TIME OUT bakal dihoskan oleh Zain Zaidin yang juga merupakan adik kepada artis Shasha Elite. TIME OUT bakal disiarkan dalam 13 episod dan bakal keudara di saluran 180 Astro.  Mengunakan konsep program Treasure Hunters ( program yang tidak disiarkan di Malaysia ) dan sedikit Fear Factor, TIME OUT akan merupakan salah satu program yang jarang diketengahkan di stesen tv tempatan. Korang pernah tak tengok filem National Treasure lakonan Nicolas Cage serta Da Vinci Code lakonan Tom Hanks dimana terdapat banyak clue-clue yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan petunjuk-petunjuk seterusnya? Hah! Macam itulah konsep TIME OUT nanti. Penuh dengan cabaran mental yang bakal membuatkan peserta-peserta atau artis sendiri yang pening kepala! Jadi bagi yang sukakan cabaran, TIME OUT amat sesuai bagi anda.

Ok since aku tak layak masuk disebabkan faktor kurang muda maka kemungkinan besar aku bakal menyertai program ini sebagai salah seorang marshal. Itu pun kalau dapat cuti dari majikan. Bagi yang tak tahu apa itu marshal bolehlah tengok entri aku yang lepas Marshal dan bagi yang nak tahu sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti seperti program realiti bolehlah check entri Uni Challenge 1957 aku.

Jadi bagi yang berminat bolehlah email resume  peribadi anda kepada hagisuhaimi@gmail.com. Jika penyertaan ramai maka mungkin akan diadakan proses temuduga so pastikan yang mana dah berkarat bahasa Inggeris tu cepat-cepatlah pertajamkannya! Oh! My English! Ciao! :)




3 comments:

  1. macam best. tapi aku harap, best dia ada macam rancangan Running Man vareity show yg korea tu. huhu

    ReplyDelete
  2. Running man terbaik! Hopefully banyak artis top yang masuk dan nanti aku cadangkan kat producer mana taw leh selit sikit unsur running man! :)

    ReplyDelete
  3. running man! oyeahhhh!

    ReplyDelete