Hola semua! Malam ini team Harimau Malaya kita akan berentap dengan team Gajah Putih Thailand. Hari itu aku berkesempatan untuk menyaksikan team Harimau Malaya kita menang 2-0 keatas team Garuda Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku tangkap ketika disana.
Oklah kan? Aku pakai kamera DSL Sony ayah aku. Gambar tak berapa clear sebab aku tak berapa pandai mengunakan kamera ayah aku ini. Nak pakai kamera aku takde telephoto lens pulak! Hehehe...
Jadi ayuh kita semua pergi ke Stadium Nasional malam ini untuk memberikan sokongan padu pada wira-wira bolasepak kita!
Aku? Huhuhuhu.. Nak nangis rasanya sebab tak dapat turun padang sama untuk memberi sokongan. Sebabnya? Aku sekarang berada di Auckland, New Zealand dan disini tiada siaran langsung bolasepak Piala Suzuki Aff 2012. Kalau siaran ragbi dan kriket memang bersepah kat t.v sini. Member aku kata "apa susah tengok jer streaming kat internet". Streaming yaa...Internet yaa...jangan harap! Tidak semudah itu! Kat Auckland ini nak tengok kambing biri-biri lagi senang daripada nak main internet taw. Sini kebanyakan free wifi ada limit. So kalau nak streaming yang memerlukan banyak megabytes tu memang tak lepas! Hotel punya wifi? Hahahaha... Mahal nak mampus! Adalah sehari dia charge NZ 30 iaitu lebih kurang RM75.
Actually aku tak kisah nak bayar RM75 tapi kalau unlimited wifi oklah kan, betul tak? Ini bila ada limit megabytes tak sampai 10 minit aku streaming dan baru nak tengok Safee Sali rembat bola kat gawang Thailand dah kena potong! Haih! Asal aku membebel pasal internet ini? Sorry ye korang semua, aku sebenarnya tension and frust tak dapat tengok match Malaysia lwn Thailand nanti. Nampaknya frust menonggenglah aku malam ini Warrrrrghhhh...huhuhuhuhu..... :(
Di Auckland pula time different adalah cepat 5 jam dari Malaysia. So game malam ini yang pukul 8 malam terpaksa aku tengok kul 1 pagi waktu Auckland. Baru ingat nak bayar streaming internet kat cyber cafe depan hotel tapi kul 1 pagi semua kedai dah TUTUP! Time-time inilah yang buat aku rindu kat Malaysia dan kedai mamak 24 jam. Cakap nak tengok rancangan bola apa semua ada. Inilah salah satu cabaran kerja di awan biru, hinggap di perantauan sana sini, kadang - kala haru biru jadinya!
So nampaknya aku berharap sangat awek aku merangkap teman setia aku ke stadium akan call aku kat Auckland malam nanti. Boleh lah dia update kat aku keputusan terkini perlawanan nanti! So kepada team Harimau Malaya, ku sampaikan doaku dan sokongan padaku tak berbelah bagi khas dari...
KATIL HOTEL AKU SAJELAH!!! Warggggghhhh!!!
Hidup Harimau Malaya n Ciao!
One of the best, my love! -DIR
ReplyDeleteThank you my love :)
Delete