Nuffnang Ads

Monday, 10 December 2012

KAKI - Auckland


Ok semalam team Harimau Malaya kita hanya mampu seri 1-1 dengan Gajah Putih. Frust juga dengan keputusan ini tetapi sebagai peminat Harimau Malaya aku yakin kita masih boleh melakukan kejutan di kota Bangkok! Terima kasih pada my girlfriend yang sudi untuk update kat aku keputusan semalam via sms, whatsapp ,viber dan sewaktu dengannya. Aku yang tak dapat tengok game Malaysia sibuk pulak melayan game antara Man United dan Man City. Boleh tahan gak game itu kerana dipenuhi aksi-aksi lasak dan sumpah menyumpah sesama pemain. Sampai berdarah jugalah kepala Rio Ferdinand pemain MU kena baling dengan duit syling oleh penonton. Aku ini bukannya peminat kedua-dua pasukan. Aku ini hanya sokong team Harimau Malaya dan Arsenal jer. Game lain aku tengok pun sebab nak tahu sama ada pemain-pemain fantasy league ku beraksi dengan baik atau tidak. Apa itu fantasy football? Adakah main bola sepak dengan Doraemon sambil sepak buah kelapa muda dan bermain bola di stadium awan-awangan? Fantasy kan tu? Hmmmm....Nanti pada salah satu entri aku seterusnya biar aku terangkan pada korang apa itu fantasy football yang sebenar, ok? :)


Selama 3 hari 4 malam di Auckland, New Zealand aku takde pergi mana-mana sangat pun. Lainlah trip Auckland aku 3 bulan lepas dimana aku telah keluar dari kota Auckland dan pergi ke tempat-tempat menarik seperti Rotarua dan Mount Raupehu. Tapi di Auckland ini pun ada juga tempat-tempat menarik seperti Sky Tower, Waterfront dan Casino. Eh! Silap! Casino tak menarik! Duit kena tarik adalahhhhh!!!


Kalau kat Waterfront ini korang leh lihat bermacam-macam jenis kapal dan bot di perlabuhan. Ada daripada kapal yang paling besar ke kapal yang paling kecil. Kadang-kala aku berangan juga nak naik cruise atau memiliki bot peribadi sendiri. Tapi tak mustahil angan-angan boleh menjadi kenyataan betul tak? :)


Di Auckland nak cari makanan halal tak susah sangat. Terdapat bermacam-macam jenis kedai makan yang menyediakan masakan Indonesia dan Malaysia yang halal. Kalau aku kat Auckland aku suka makan di Waroeng Wardani dan Waroeng Bali Star. Makanan paling aku suka adalah beef balado extra pedas. Memang sedap serta dagingnya cukup lembut. Nyum nyum!


Malam pula aku tak makan nasi tapi lebih gemar makan kebab. Kat sini kedai kebab memang berlambak dan tutup agak lewat iaitu sampai pukul 3 pagi. Apa yang paling aku suka tentang makanan-makanan kat Auckland ini adalah portionnya yang agak besar. Memang puas melantak bagi kaki makan macam aku! 


Dah ada kat Auckland ni mestilah kena beli souvenir untuk rakan-rakan, mak ayah dan orang-orang tercinta. Paling tidak untuk diri sendiri sebagai kenangan, betul tak? Kat sini terdapat berpuluh-puluh kedai cenderamata yang korang boleh kunjungi. Korang juga boleh pergi ke kedai Canterburry untuk beli baju-baju menarik terutamanya baju ragbi. Since produk Canterburry ini adalah dari New Zealand so harganya disini lebih murah berbanding negara-negara lain.


Menarikan kat sini? Itu hanya sedikit sahaja. Jika korang ada plan nak bercuti kemana-mana aku rekemenkan korang datang ke New Zealand. Seperti aku katakan di New Zealand ini terdapat banyak tempat-tempat menarik dan Auckland merupakan hanya secebis keindahan yang terdapat di bumi penuh kambing biri-biri ini! Ciao!



No comments:

Post a Comment