Hola! Kali ini aku nak cerita pasal filem LANGGAR yang baru aku tengok semalam. Aku tertarik untuk menonton filem ini sebab barisan pelakon-pelakon hebat yang membintangi filem ini. Ada Adi Putra, Khir Rahman, Hans Isaac, Zul Huzaimy, Natasha Hudson, Bell Ngasri Perghhhh!!! Memang hebat-hebat semua! Lagi menarik filem LANGGAR merupakan karya sulung pengarah muda iaitu Sein Ruffedge. Itu yang buat aku tak sabar nak tengok!
Tapi sayang seribu kali sayang filem ini tidak sehebat barisan pelakon yang ada. Skrip yang kureng, kadang-kala tak kena tempat serta jalan cerita yang lemah. Aksi pertarungan memang banyak tapi bagi aku sebenarnya hanya aksi pukul memukul sana sini tanpa babak pertarungan yang menarik. Elemen gangsterism yang terdapat dalam filem ini juga nampak tak natural dan tidak sangat menjadi.
| Jimi : Camne ni brader? Berani dia kata filem kita kureng? Kurang asam ni! Radzi : Kau jangan risau bro....nanti wa suruh Si Mail kasi parking sama itu budak! |
Filem ini bagi aku hanya berjaya diselamatkan sikit oleh lakonan hebat pelakon-pelakon utama terutamanya Khir Rahman sebagai Mail Parking dan Namron sebagai Radzi. Tidak lupa juga lakonan kelakar dan bersahaja oleh Bell Ngasri sebagai Khairul. Walaupun bagi aku karya pertama Sein Ruffedge sebagai pengarah filem ini nampak seperti ada cacat celanya tetapi aku amat kagum kerana Sein berjaya mengarah pelakon-pelakon hebat yang jauh berpengalaman darinya. Aku yakin jika diberi peluang lagi Sein akan menjadi salah seorang pengarah muda yang berjaya.
| Khairul : Apa-apa pun awek-awek sini semua cun sempoi layanzzz.... |
Filem LANGGAR menceritakan tentang Nizam ( Adi Putra ) yang ingin menuntut bela atas kematian isteri dan anak dalam kandungan. Nizam akhirnya telah menyertai kumpulan kongsi gelap yang diketuai Radzi dalam usahanya untuk mengesan dalang dalam pembunuhan isterinya. Berjayakah Nizam dalam usahanya untuk mencari pembunuh isterinya? Sekaligus kasi 'langgar' semua orang? JOM kita langgar itu pawagam untuk tahu kesudahannya :)
| Nizam : Ewah-ewah Khairul...syoknya kau duduk dekat aweks-aweks sana. Mai tolong aku jap! Amanda : Tak payah nak mai tolong....bawak jer I gi Spital U. |
Tak banyak bintang yang boleh aku bagi untuk filem ini. Aku hanya mampu nak bagi 2 dari 5 bintang. Sayang sekali dengan pelakon-pelakon hebat yang ada filem LANGGAR ini memang betul-betul kena 'Langgaqqq!!!' . Cewah!! Loghat Kedah lak yang keluaq!! Camna ni? Hehehehe....
| Mail Parking : Lu brader...berani lu bagi 2 bintang jer? Memang nak kena parking special edition ngan aku nih! |
Halamakkk!!...sebelum aku kena 'langgar' dengan sesiapa yang tak setuju dengan review aku atau kena 'parking' dengan Si Mail Parking, baik aku Ciaaaaooooooo!!!!! :)
P/s : Terima kasih Google atas image dan Youtube atas video. Tanpa mereka susahlah untuk kita semua berkarya ya tidak?