Nuffnang Ads

Friday, 28 December 2012

Wedding festival 2012

Salam satu Malaysia. Hari ini aku baru saja balik dari mengunjungi Malaysia Wedding Festival 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC). Festival ini berlangsung dari 28 hingga 30 Disember 2012. Masuk confirm percuma tapi kat dalam expo percuma ke tidak?
Aku tak pernah pergi festival atau expo seperti ini. Kalau festival malam pesta muda mudi tu ada lah jugak aku pernah pergi hehehe....
Festival ini merupakan satu peluang untuk aku yang masih bujang tapi berhasrat nak kahwin untuk survey pakej-pakej perkahwinan yang ada. Banyak jugalah pakej kat sini dari pakej catering, fotografi, door gift, kad kawin dan macam-macam lagi lah. Cuma yang takde pakej menantu dan pakej calon bakal bini. Itu semua korang kena cari sendiri! :)
Apa yang bestnya kebanyakan pakej disini ditawarkan dengan harga diskaun serta promosi-promosi yang menarik yang bakal membuatkan pasangan anda tersenyum penuh makna. So bagi yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga inilah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan. Cepat! Festival ini hanya untuk 3 hari saja! Ciao... :)

4 comments:

  1. rugi sebab xde pakej carikan calon isteri. kalo x sure nak join :p

    Tech Kini

    ReplyDelete
  2. @ Techkini Hahaha!! Nanti klau saya jumpa pakej tu saya akan buat review n bagitahu!! :)

    ReplyDelete
  3. Bagusla bro..kalau dapat book terus je..harga nanti akan semakin mahal

    ReplyDelete
  4. Itulah pasal Zorro, Aku tengah survey2 n kalau boleh nak book apa2 yang patut :)

    ReplyDelete