Nuffnang Ads

Sunday 23 June 2013

Man of Steel. Superman reboot rebrand recharge!

Hola! Apa khabar semua? Aku berharap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya walaupun cuaca sekarang dipenuhi oleh jerebu. Teruk juga jerebu kat area rumah aku ni sampaikan kadang-kala bila lepas bangun tido tengahari aku feeling-feeling terasa seperti di Cameron Highlands. Jerebu tebal ingatkan kabus gitu hehehe... :)

Apa-apa pun jerebu ker, panas terik ker, musim hujan ker...aku tetap gi panggung wayang tengok movie. Dah memang minat aku nak buat camne ya tidak? So kali ini aku nak cerita tentang filem MAN OF STEEL yang aku tengok. Semalam aku tengok filem WORLD WAR Z lakonan Brad Pitt tetapi nanti bila free aku cerita ok? 


MAN OF STEEL  ( MOS ) merupakan sebuah filem arahan Zack Snyder yang menceritakan tentang kisah Superhero yang di sukai ramai iaitu Superman. Dalam filem ini korang akan lihat camne asal usul Superman, bagaimana Superman melalui kehidupannya sebagai manusia biasa di bumi serta akhir sekali bagaimana Superman bertarung dengan General Zod seorang musuh yang amat dahsyat dari planet Krypton.


Apa yang menarik bagi aku tentang MOS ialah...
  • MOS mempunyai jalan cerita yang lebih fresh dan di lihat agak berbeza dari filem-filem Superman terdahulu. Ini mungkin kerana pengaruh Produser MOS iaitu Christopher Nolan yang seperti kita tahu amat berjaya dengan triologi filem The Dark Knight arahannya yang merupakan rebranding kepada Batman. MOS pula dilihat sebagai reboot kepada Superman.
 
  • Special dan visual effects serta teknik CGI yang amat memuaskan seperti babak pertarungan diantara Superman dengan General Zod di kota Metropolis serta babak di planet Krypton berjaya dijelmakan dengan amat baik.

  • Costume Superman yang lebih cantik dan menarik. Dan yang paling best, Superman dah tak pakai ' Spender ' merah kat luar lagi! Untuk informasi semua ketika ujibakat pemilihan Man of Steel, hanya aktor Henry Cavill yang tidak diketawakan semasa memakai costume Superman yang baru ini berbanding aktor-aktor lain yang mencubanya. Orang semua cakap Wow adalah! Faktor inilah antara sebab mengapa pengarah Zack Synder memilih Henry untuk watak utama Man of Steel.
  • MOS di lihat mempunyai jalan cerita yang lebih logik dan boleh diterima dari filem-filem Superman terdahulu. Contohnya seperti kenapa semua orang tak kenal Clark Kent sebagai Superman terutamanya Lois Lane yang hari-hari nampak mukanya? Takkan dengan hanya memakai cermin mata dan ubah gaya rambut semua orang tak kenal Clark Kent itu Superman? Macam tak logik kan? Dalam MOS korang boleh lihat bagaimana pengarah Zack Synder memberi penyelesaian yang lebih logik pada pemasalahan ini. Wah! Macam masalah besar je bunyinya kan?


So apa yang aku tak suka pasal filem ini? Hehehehe...ok terus terang aku cakap aku ini memang suka dengan filem-filem Superhero seperti Superman, Batman, Spiderman dan yang sewaktu dengannya. Tak kira Superhero mana kalau Cicakman pun aku layan gak. Kalau nak mencari kelemahan dalam filem MOS memang payah untuk orang macam aku ni. Untuk aku filem MOS berjaya memenuhi tuntutan aku sebagai peminat filem genre Superhero. Aku berpuas hati sebab MOS berjaya memberi pembaharuan dalam imej dan jalan cerita SupermanMan of Steel dilihat berjaya menaikkan semula nama Superman kerana kegagalan filem Superman Returns.

Rating 4 dari 5 bintang aku rate untuk Man of Steel. Aku bercadang nak pergi tengok lagi. Maybe nak try IMAX 3D lak. Ciao! :)

Sunday 16 June 2013

Segmen review ke 3 by Akupenghibur.com

Segmen Review Ke 3 By AkuPenghibur.com



Hola semua! Aku ini jarang nak masuk segmen atau giveaway tapi amat tertarik nak masuk segmen ini sebab blog akupenghibur.com oleh saudara Acik memang antara blog yang aku follow dan suka baca. Banyak nasihat dan info menarik kat sini. Aik! Macam aku lak yang buat review, camne tu? :)

Jangan lupa join sebab selain di review banyak juga hadiah menarik ditawarkan. Antaranya...

8 Blog akan di review Oleh AkuPenghibur.Com

1 novel by Cik Akak

Top up RM 5 X 4 by Cik Akak

1 cursor dan 1 doodle x 2 by Coretan Hati Kathy  

Pemenang akan di pilih oleh setiap sendiri oleh sponsor 

So tunggu apa lagi? Mari bersama-sama join dengan aku. Nak join klik di link bawah


 Selamat mencuba semua! Ciao! :)


Saturday 15 June 2013

Pee Mak.

Hola! Korang suka tak tengok filem hantu? Aku ini boleh lah dikategorikan dalam golongan mereka yang nak sangat tengok filem hantu tetapi dalam masa sama takut-takut gitu. Kira mahu tapi malu. Cewahhh!! Tapi aku belum termasuk dalam kategori golongan yang tengok filem hantu tapi berselindung di sebalik jari-jemari halus atau mengunakan bekas popcorn sebagai pendinding antara layar perak dan mataku kala tiba  babak menyeramkan yang boleh buat aku menjerit, mencarut dan melatah penuh emosi. Aku hanya dalam kategori selepas tengok filem hantu akan tido buka lampu secerah-cerah alam. Itu aku hehehe... Korang macam mana lak? :)


Filem seram Thai seperti Shutter, 4bia, Nang Nak memang terkenal kerana berjaya buat ramai penonton yang jiwa kacau selepas menontonnya. Aku pun dah lama tak tengok filem hantu Siam. Kali terakhir filem yang aku tengok pasal semua penonton dalam panggung yang tengok filem mati satu persatu. Aku pun tak ingat apa nama citenya

Pee Mak, filem seram Thai yang amat aku rekemenkan untuk korang tonton. Jangan takut. Filem ini tak setakut mana. Loh! Kalau tak takut buat apa nak tengok, betul tak? Orang kalau boleh nak tengok filem hantu yang takut-takut baru best. Ya! Filem ini memang tak setakut mana. Korang jangan expect nak dengar orang dalam pawagam menjerit setiap 5 minit. Sebaliknya korang akan mendengar hilai ketawa dan kalau nasib baik boleh dengar orang menangis lagi. Laaaaa Ini filem lawak ke apa ni? Filem hantu ke filem romantik sampai nak nangis-nangis? Confius kan? 

  
Jangan confius. Sebenarnya filem Pee Mak bagi aku amat menarik kerana ianya mengandungi unsur-unsur seram, kelakar, romantis dan kesedihan. Pee Mak merupakan sebuah filem komedi seram yang amat menghiburkan. Bagi yang pernah tonton filem Nang Nak dulu korang cuba bayangkan tengok filem Nang Nak versi kelakar ala-ala 'parody' gitu sebab filem Pee Mak jalan ceritanya memang tak banyak berbeza dengan filem Nang Nak. Ini kerana filem Pee Mak dan Nang Nak diilhamkan dari kisah dongeng seram masyarakat Siam iaitu Mae Nak Phra Khanong. That's why jalan cerita lebih kurang.


Secara ringkasnya, Pee Mak menceritakan tentang Mak ( Mario Maurer ) seorang askar yang telah pergi berperang meninggalkan isterinya, Nak ( Davika Hoorne ) yang sedang mengandung. Ketika di medan perang Mak telah berkawan rapat dengan 4 orang askar lain iaitu Aer, Ter, Shin dan Puak. Setelah selesai perang, Mak telah menjemput keempat-empat sahabatnya untuk singgah pulang ke kampung halamannya dan bertemu dengan isterinya Nak bersama anaknya yang baru lahir iaitu Dang. Namun begitu kepulangan Mak tidak disenangi oleh penduduk kampungnya yang lain. Mereka percaya kepulangan Mak bakal membawa bencana yang besar kepada kampung mereka. Kenapakah penduduk kampung memulaukan Mak? Apakan salah Mak pada mereka? Bencana apakah yang bakal melanda? 


Aku suka filem Pee Mak disebabkan ianya sarat dengan babak-babak lawak pecah perut, punchline-punchline yang kelakar ( walaupun tengok subtitle sebenarnya ) semuanya gara-gara lakonan 4 orang rakan Mak iaitu Aey, Ter, Shin dan Puak. Keempat-empat mereka berjaya melakonkan watak mereka dengan penuh berkesan. Gandingan yang kuat antara Mario Maucer yang berlakon sebagai Mak dan actress jelita kacukan Thai Belgium Davika Hoorne sebagai Nak berjaya menyentuh jiwa penonton-penonton, terutamanya babak di akhir filem dimana Mak yang tidak mahu berpisah dengan Nak. Dapat jugalah aku dengar sayup-sayup orang nangis dalam panggung.


Aku rate filem Pee Mak 4 dari 5 bintang.  Menghiburkan! Ciao! :)

Saturday 8 June 2013

KIL.

Salam Sabtu semua. Tanpa membuang masa aku nak update tentang filem KIL yang aku tengok. Bunyi cam lain dari lain kan? KIL. Macam bunyi 'kill' bermaksud BUNUH. Menarik sangat bunyinya. Itu antara sebab yang buat aku tak sabar nak tengok filem KIL.


KIL diarahkan oleh pengarah baru iaitu Nik Amir Mustapha. Pelakon utamanya juga amat asing bagi aku. Aku rasa macam tak pernah tengok diaorang berlakon. Redza Minhat dan Cristina Suzanne. Nama yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Ini pun antara sebab kenapa aku nak tengok KIL. Sekurang-kurangnya takde bosan asyik tengok muka-muka biasa dan lama di pawagam, tak gitu?

KIL mengisahkan tentang Akil ( dari sini dapat KIL yakni singkatan nama Akil ) yang mempunyai niat untuk membunuh diri. Banyak juga cara dan cubaan bunuh diri yang dilakukan oleh Akil tetapi semuanya tak berhasil. So satu hari ketika Akil lepak hisap rokok di sebuah lorong, Akil telah terjumpa satu iklan di dinding yang menawarkan khidmat bunuh diri. Mak aiii! Ada ke iklan cam tu? Setahu aku selalunya iklan Along atau iklan massage je yang bersepah kat dinding. Ni iklan bunuh diri. Khidmat bunuh diri macam mana yang ditawarkan? Kalau kita yang tak rasa nak bunuh diri pun dah confius tapi busy body nak tahu, Akil yang mempunyai niat nak bunuh diri lagi berasa bingung tapi excited. ya tidak? Hah! Sinopsis dah menarik mesti terasa teruja nak tahu filem KIL ni camne kan?


Tapi... selain idea yang lain dari lain, iklan bunuh diri yang tak pernah dibuat orang serta tajuk filem yang menarik, KIL merupakan sebuah filem yang sedikit mengecewakan bagi aku. Jalan cerita terlampau slow, skrip yang boleh dikira patahnya serta lakonan yang biasa-biasa saja membuatkan cerita-cerita di Cerekarama TV3 nampak jauh lebih baik dari KIL. Teknik pengambaran yang terlampau banyak close up serta kabur membuatkan mata aku sakit kejap atau terus tertutup melayan mimpi indah dalam panggung. Aku yang jarang tido dalam panggung boleh terlelap kejap, camne tu?


Mungkin ada yang akan suka filem KIL macam ayah aku yang menonton filem KIL sekali dengan aku. Mereka suka filem KIL atas sebab-sebab tersendiri dan kurang aku fahami tetapi terus terang cakap aku kurang tertarik mahupun terhibur. Mungkin tak kena dengan jiwa aku kot. Walaupun begitu, KIL merupakan satu percubaan yang berani dari pengarah Nik Amir Mustapha. Berani mengarah satu karya yang 'fresh' lain dari lain di pasaran sekarang serta berani mengetengahkan dua pelakon baru sebagai tunjang utama filem KIL. Cuma sayang tiada chemistry yang kuat antara watak Akil ( Redza Minhat ) dengan Zara ( Cristina Suzanne ) dan lakonan kedua-duanya kadang kala kelihatan agak kaku. Namun begitu filem KIL sarat dengan mesej-mesej kemanusiaan yang berguna seperti mengajar kita bahawa mengambil nyawa sendiri bukan penyelesaian kepada semua masalah tapi kalau upah orang lain amik nyawa kita takpe. Hohoho! Gurau jer! :)

Rating? 2.5 dari 5. Nampaknya filem KIL betul-betul berjaya 'Kill' aku. Ciao! 

P/s : Tak sabar pula nak update tentang filem Now You See Me dan filem seram Siam Peek Mak yang juga aku tonton. Nantikan reviewnya.