Hola! Apa khabar semua? Aku berharap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya walaupun cuaca sekarang dipenuhi oleh jerebu. Teruk juga jerebu kat area rumah aku ni sampaikan kadang-kala bila lepas bangun tido tengahari aku feeling-feeling terasa seperti di Cameron Highlands. Jerebu tebal ingatkan kabus gitu hehehe... :)
Apa-apa pun jerebu ker, panas terik ker, musim hujan ker...aku tetap gi panggung wayang tengok movie. Dah memang minat aku nak buat camne ya tidak? So kali ini aku nak cerita tentang filem MAN OF STEEL yang aku tengok. Semalam aku tengok filem WORLD WAR Z lakonan Brad Pitt tetapi nanti bila free aku cerita ok?
MAN OF STEEL ( MOS ) merupakan sebuah filem arahan Zack Snyder yang menceritakan tentang kisah Superhero yang di sukai ramai iaitu Superman. Dalam filem ini korang akan lihat camne asal usul Superman, bagaimana Superman melalui kehidupannya sebagai manusia biasa di bumi serta akhir sekali bagaimana Superman bertarung dengan General Zod seorang musuh yang amat dahsyat dari planet Krypton.
Apa yang menarik bagi aku tentang MOS ialah...
- MOS mempunyai jalan cerita yang lebih fresh dan di lihat agak berbeza dari filem-filem Superman terdahulu. Ini mungkin kerana pengaruh Produser MOS iaitu Christopher Nolan yang seperti kita tahu amat berjaya dengan triologi filem The Dark Knight arahannya yang merupakan rebranding kepada Batman. MOS pula dilihat sebagai reboot kepada Superman.
- Ramai pelakon-pelakon pembantu hebat seperti Russell Crowe, Laurence Fishburne dan Kevin Costner. Penampilan mereka membuatkan filem MOS mempunyai lebih daya tarikan dan aura yang tersendiri. Bagi aku antara semua Pemenang Academy Awards Russell Crowe yang paling menyerlah dengan wataknya sebagai Jor-El iaitu bapa kandung Superman. Selain itu lakonan pelakon utama lain seperti Amy Adams sebagai Lois Lane dan Michael Shannon sebagai General Zod memang tidak mengecewakan.
- Special dan visual effects serta teknik CGI yang amat memuaskan seperti babak pertarungan diantara Superman dengan General Zod di kota Metropolis serta babak di planet Krypton berjaya dijelmakan dengan amat baik.
- Costume Superman yang lebih cantik dan menarik. Dan yang paling best, Superman dah tak pakai ' Spender ' merah kat luar lagi! Untuk informasi semua ketika ujibakat pemilihan Man of Steel, hanya aktor Henry Cavill yang tidak diketawakan semasa memakai costume Superman yang baru ini berbanding aktor-aktor lain yang mencubanya. Orang semua cakap Wow adalah! Faktor inilah antara sebab mengapa pengarah Zack Synder memilih Henry untuk watak utama Man of Steel.
- MOS di lihat mempunyai jalan cerita yang lebih logik dan boleh diterima dari filem-filem Superman terdahulu. Contohnya seperti kenapa semua orang tak kenal Clark Kent sebagai Superman terutamanya Lois Lane yang hari-hari nampak mukanya? Takkan dengan hanya memakai cermin mata dan ubah gaya rambut semua orang tak kenal Clark Kent itu Superman? Macam tak logik kan? Dalam MOS korang boleh lihat bagaimana pengarah Zack Synder memberi penyelesaian yang lebih logik pada pemasalahan ini. Wah! Macam masalah besar je bunyinya kan?
So apa yang aku tak suka pasal filem ini? Hehehehe...ok terus terang aku cakap aku ini memang suka dengan filem-filem Superhero seperti Superman, Batman, Spiderman dan yang sewaktu dengannya. Tak kira Superhero mana kalau Cicakman pun aku layan gak. Kalau nak mencari kelemahan dalam filem MOS memang payah untuk orang macam aku ni. Untuk aku filem MOS berjaya memenuhi tuntutan aku sebagai peminat filem genre Superhero. Aku berpuas hati sebab MOS berjaya memberi pembaharuan dalam imej dan jalan cerita Superman. Man of Steel dilihat berjaya menaikkan semula nama Superman kerana kegagalan filem Superman Returns.
Rating 4 dari 5 bintang aku rate untuk Man of Steel. Aku bercadang nak pergi tengok lagi. Maybe nak try IMAX 3D lak. Ciao! :)